PUSAKA MPA

Minangkabau

PUSAKA MPA

Urang Awak

PUSAKA MPA

Adat

PUSAKA MPA

Warisan

PUSAKA MPA

Sejarah

Thursday, 4 March 2010

Khadam Ayat - Satu Pandangan

llmu khadam ayat memang menarik. Saya akan jelaskan apa yang sebenarnya khadam ayat untuk dijadikan pedoman dan mengelakkan kekeliruan. Keterangan ini adalah berdasarkan penemuan-penemuan dan makluman daripada mereka yang mempelajari ilmu khadam ayat, menggunakannya sebagai ilmu kebatinan, berdasarkan ayat-ayat al-Quran juga ulasan yang diberi berdasarkan penemuan tadi.

Amalan ini juga adalah boleh dituntut tanpa melibatkan ayat-ayat al-Quran, surah-surah pendek al-Quran seperti al-Fatihah, al-Mu’awwizat dan sebagainya, tetapi akhirnya amalan kebatinan yang dituntut itu akan berakhir dengan kehadiran makhluk iaitu jin yang dipanggil sebagai "khadam ayat". Mereka yang mempelajari ilmu ini kebanyakannya tidak pasti siapakah yang dinamakan "khadam ayat" yang datang tadi, yang akhirnya terlibat dengan pelbagai kegiatan amalan kebatinan, ketika melakukan rawatan, tilikan untuk mengatasi masalah rumah tangga, cinta dan sebagainya.

Menurut seorang responden, khadam ayat bukan terdiri daripada golongan manusia, jin ataupun malaikat. Ia merupakan "khadam" kepada ayat yang dibaca dan diamalkan menurut kaedah-kaedah tertentu yang mesti diikuti menurut yang diajar oleh guru yang berkenaan. Terdapat keterangan dalam hadis-hadis tentang kelebihan ayat al-Kursi. Menurut sebuah hadis riwayat daripada Qatadah r.a katanya, Rasulullah bersabda: "Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah swt berkenan memberi pertolongan kepadanya."

Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda: "Barang siapa membaca ayat al-Kursi dan akhir surah al-Baqarah ketika kesusahan nescaya Allah swt menolongnya." Terdapat banyak hadis menerangkan tentang kelebihan ayat ini dalam tujuan mengelakkan diri, keluarga, rumah tangga, harta benda daripada gangguan iblis dan syaitan juga daripada gangguan manusia, terutamanya pencuri. Di antara hadis-hadis yang menyebutkan hal demikian ialah, hadis daripada Abu Hurairah: "Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Dalam surah al-Baqarah ada satu ayat, penghulu ayat-ayat al-Quran, tidak dibaca dalam sebuah rumah yang ada di dalamnya syaitan, kecuali ia keluar darinya ialah ayat al-Kursi."

Atas pemahaman tentang fidilat ayat al-Kursi inilah maka ada golongan tertentu, terdiri daripada mereka yang mengamalkan amalan kebatinan. Mengamalkan apa yang difahami sebagai "khadam ayat Kursi" dalam amalan kebatinannya. Setelah membaca ayat al-Kursi dalam kekerapan dan tempoh tertentu dengan syarat-syarat lain, ia akan didatangi makhluk yang dipercayai sebagai "khadam ayat al-Kursi". Ia datang dengan jubah hijau, menghulurkan tangan, bertanyakan apa yang dihajati oleh pengamal. Dipesan oleh guru yang mengajar amalan tersebut, agar makhluk itu taat menurut perintahnya.

Menurut responden lagi, khadam ayat akan menjaga diri pengamal, keluarga dan harta bendanya, juga boleh digunakan untuk tujuan mengubati penyakit. Ia juga boleh diperintahkan menjaga orang lain. Ketika pengamal tidak ada di rumah, khadam ayat akan menjaga rumah di mana dalam keadaan tertentu ia akan menjelmakan diri menyerupai pengamal ilmu berkenaan. Khadam itu dikatakan hanya digunakan untuk menangani saka yang teruk ataupun masalah-masalah besar, memperoleh khadam ayat tidak ubah seperti memperoleh pisau yang tajam, yang hanya perlu digunakan untuk memotong benda-benda besar lagi berat.

Ia juga boleh digunakan untuk tujuan jahat, kerana khadam ayat begitu taat menurut kata pengamalnya, kerana itulah maka orang yang mengamalkan kaedah ini mesti terdiri daripada mereka yang ikhlas lagi berilmu, ditakuti ilmu yang dimiliki itu disalahgunakan, yang akhirnya akan merosakkan diri sendiri dan orang lain. Seorang responden lain, yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional lebih daripada 25 tahun, menyatakan khadam ayat kadang-kadang datang kepadanya dalam keadaan berkain pelekat dan berbaju selengkapnya. Selain memberitahu perkara-perkara ghaib kepadanya, ia kadang-kadang memberitahu maklumat-maklumat tertentu melalui anaknya, yang ketika itu berumur 10 tahun, ketika sedang tidur.

Seorang pengamal rawatan tradisional yang tinggal di Perlis menegaskan orang yang menurun diresapi oleh jin-jin, termasuk iblis dan syaitan, tetapi khadam tidak boleh masuk meresap dalam tubuh manusia. Ketika menurun, jin-jin datang bersatu dengan roh yang disedut melalui pernafasan meresap dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri. Apabila angin iblis lebih banyak atau lebih menguasai angin badan dalam tubuh, maka ia akan menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri iaitu menurun. Hal yang sama berlaku ke atas mereka yang terkena rasukan.

Menurut pemahaman Melayu, khadam bererti hamba, ataupun orang suruhan yang sentiasa taat kepada tuannya. Menurut responden yang sama, khadam yang dimaksudkan di sini bukan orang suruhan, seperti yang difahami umum, seumpama hubungan antara seorang tuan dengan orang suruhannya. Khadam adalah makhluk bukan daripada golongan manusia dan bukan daripada golongan jin, sama ada jin Islam. Khadam yang mendampinginya bukan terdiri daripada makhluk halus belaan atau sahabat, kerana ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian antara mereka dalam keadaan apa sekalipun, sama ada untuk memberi makan pada waktu-waktu tertentu atau sebagainya.

Menurut responden yang sama, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah, yang termasuk dalam golongan makhluk-makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali yang dikenali sebagai rijalul ghaib yang juga dikenali sebagai khadam roh. Khadam bukan jin Islam, terdiri daripada wali Allah, makhluk yang tidak berdosa yang asalnya adalah manusia yang ghaib begitu sahaja apabila mati dan tidak mempunyai kubur. Responden mendakwa gurunya dari Kelantan, ghaib setelah dikebumikan. Khadam adalah hak Allah yang tidak boleh dikaji.

Dijelaskan juga bahawa makhluk yang dinamakan khadam itu kononnya telah wujud sejak zaman Rasulullah, begitu juga lelaki yang tersebut dalam surah al-Kahf, termasuk anjing Qitmir yang termasuk dalam golongan rijalul ghaib. Amalan yang dilakukan olehnya untuk berdampingan dengan khadam ialah dengan mengadakan kenduri terlebih dahulu sebelum mengamalkan ayat-ayat tertentu, yang dibaca selepas setiap kali sembahyang fardu selama 40 hari. Doa-doa tersebut dikenali sebagai kepala doa akasyah, doa akasyah, pelapik doa akasyah dan doa rijalul ghaib.

Tidak lama setelah mengamalkan ayat-ayat di atas, ia bermimpi melihat bulan pada malam berikutnya, ia bermimpi didatangi oleh seorang lelaki berjubah. Mimpi ini diikuti oleh mimpi-mimpi lain yang tidak pernah dialami sebelumnya. Bermula daripada hari itu ia sering didampingi oleh khadam yang boleh dipanggil untuk tujuan rawatan dan lain-lainnya. Ketika melakukan rawatan, ataupun ketika berhadapan dengan seseorang yang datang memerlukan pertolongannya, responden berkenaan akan memanggil khadam yang mendampingi tadi. Perkataan Tok Syeikh digunakan untuk merujuk kepadanya. Untuk tujuan rawatan, mula-mula responden akan bertanyakan nama pesakit ataupun orang yang memerlukan pertolongan. Kemudian ia memanggil Tok Syeikh untuk meminta pertolongan.

Khadam berkenaan dikatakan dapat mengetahui sama ada sakit yang dialami oleh seseorang itu akibat saka, santau, akibat gangguan makhluk-makhluk halus tidak bertuan ataupun sakit kecederaan fizikal yang berpunca daripada kemalangan, akibat keracunan pemakanan dan sebagainya. Demikianlah beberapa keterangan mengenai khadam ayat seperti yang saudara tanya. Sebenarnya banyak lagi keterangan yang berlainan yang berkaitan dengan apa yang difahami sebagai khadam ayat dalam kehidupan orang Melayu.

DR. AMRAN KASIMIN (http://www.terjah.com)

Wednesday, 3 March 2010

Roh Manusia Selepas Mati

Dari Al-Bara' bin 'Azib, dia berkata:"Kami keluar bersama Rasulullah SAW (menghantarkan) jenazah seorang laki-laki Anshar. Kemudian kami sampai di kuburan, tetapi belum dibuatkan lahd (Celah yang ada pada kiblat kubur sebagai tempat mayat). Maka Rasulullah SAW duduk, dan kami duduk di sekitar beliau. Seolah-olah di atas kepala kami (hinggap) burung (Di dalam perkataan ini terdapat isyarat diam di saat penguburan, tidak mengeraskan dzikir-dzikir, dan berteriak dengan tahlil (perkataan: Allahu Akbar), maka renungkanlah.). Ditangan beliau terdapat kayu yang beliau pukulkan ketanah sampai berbekas.

Lalu beliau mengangkat kepalanya, kemudian bersabda:"Berlindunglah kepada Allah dari siksa kubur!",-dua kali atau tiga kali- kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba yang mukmin, saat akan meninggalkan dunia dan menuju akhirat, turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit, wajah-wajah mereka putih, wajah-wajah mereka seolah-olah matahari. Mereka membawa kafan dari kafan-kafan syurga, dan hanuth (Minyak wangi khusus yang dicampur untuk mayat, memiliki aroma yang wangi.) dari hanuth syurga. Sehingga para malaikat itu duduk dari hamba yang mukmin itu sejauh mata memandang.

Dan datanglah malakul maut 'alaihis salam  sehingga dia duduk dekat kepalanya, lalu berkata: "Wahai nafs (jiwa/ruh/nyawa) yang baik, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaanNya!". Maka nyawa itupun keluar, ia mengalir sebagaimana tetesan air mengalir dari mulut qirbah (wadah untuk menyimpan air yang terbuat dari kulit), lalu malakul maut itu memegangnya.

Setelah malakul maut itu memegangnya, mereka (para malaikat yang berwajah putih itu) tidak membiarkan nyawa itu, sekelip mata di tangannya, mereka mengambilnya, dan meletakkannya pada kafan syurga itu. Dan keluarlah darinya bau misk yang paling wangi yang dio dapati di atas bumi.

Kemudian mereka naik membawa nyawa tersebut. Tidaklah mereka melewati sekelompok para malaikat, kecuali sekelompok malaikat itu bertanya:"Ruh siapakah yang baik ini?". Mereka menjawab:"Si Fulan anak Si Fulan", dengan nama terbaik yang dia dahulu diberi nama di dunia. Sehingga mereka membawa nyawa itu sampai ke langit dunia. Kemudian mereka minta dibukakan untuk nyawa tersebut. Maka langit dunia dibukakan untuknya.

Kemudian para penghuni pada tiap-tiap langit mengiringi nyawa itu sampai ke langit yang selanjutnya. Sehingga membawa nyawa itu berakhir ke langit yang ke tujuh. Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman:"Tulislah kitab (catatan) hambaku di dalam 'iliyyin, dan kembalikanlah dia ke bumi. (Kerana sesungguhnya dari bumi Kami telah menciptakan mereka,dan darinya Kami akan mengeluarkan mereka, pada waktu yang lain. Maka ruhnya dikembalikan)  di dalam jasadnya.

Kemudian dua malaikat mendatanginya dan mendudukannya: Kedua malaikat itu bertanya:"Siapakah Rabbmu?" Dia menjawab:"Rabbku adalah Allah".
Kedua malaikat itu bertanya:"Apakah agamamu?" Dia menjawab:"Agamaku adalah Al-Islam". Kedua malaikat itu bertanya:"Siapakah laki-laki yang telah diutus kepada kamu ini?" Dia menjawab:"Beliau utusan Allah". Kedua malaikat itu bertanya:"Apakah ilmumu?" Dia menjawab:"Aku membaca kitab Allah, aku mengimaninya dan membenarkannya". Maka seorang penyeru dari langit berseru:"HambaKu telah (berkata) benar, berilah dia hamparan dari syurga, (dan berilah dia pakaian dari syurga) , bukakanlah sebuah pintu untuknya ke syurga.

Maka datanglah kepadanya bau syurga dan wanginya syurga. Dan diluaskan baginya di dalam kuburnya sejauh mata memandang. Dan datanglah seorang laki-laki berwajah tampan kepadanya, berpakaian bagus, beraroma wangi, lalu mengatakan:"Bergembiralah dengan apa yang menyenangkanmu, inilah harimu yang engkau telah dijanjikan(kebaikan)". Maka ruh orang mukmin itu bertanya kepadanya:"Siapakah engkau, wajahmu adalah wajah yang membawa kebaikan?" Dia menjawab:"Aku adalah amalmu yang shalih". Maka ruh itu berkata:"Rabbku tegakkanlah hari kiamat, sehingga aku akan kembali kepada isteri dan hartaku".

Dan sesungguhnya seorang hamba yang kafir, pada saat akan meninggalkan dunia dan menuju akhirat, turun kepadanya malaikat-malaikat yang memiliki wajah-wajah hitam. Mereka membawa pakaian-pakaian dari rambu, sehingga duduk darinya sejauh mata memandang. Kemudian datanglah malakul maut, sehingga dia duduk di dekat kepalanya, lalu berkata:"Wahai nafs (jiwa; ruh; nyawa) yang jahat, keluarlah menuju kemurkaan Allah dan kemarahannya!". Maka nyawa itupun bercerai-berai di dalam jasadnya. Maka malakul maut mencabutnya, sebagaimana dicabutnya saffud *8) dari wol yang basah. Lalu malakul maut itu memegangnya.

Setelah malakul maut memegangnya, mereka (para malaikat yang berwajah hitam itu) tidak membiarkan nyawa itu (sekelip mata) di tangannya, sehingga mereka mengambilnya, dan meletakkannya pada pakaian dari rambut itu. Dan keluarlah darinya seperti bangkai yang paling busuk yang didapati di atas bumi.

Kemudian mereka naik membawa nyawa tersebut. Tidaklah mereka melewati sekelompok para malaikat kecuali sekelompok para malaikat itu bertanya:"Ruh siapakah yang jahat ini?". Mereka menjawab:"Si Fulan anak si Fulan", dengan nama terburuk yang dia dahulu diberi nama di dunia. Kemudian minta dibukakan, tetapi langit di dunia tidak dibukakan untuknya. Kemudian Rasulullah SAW membaca: "Sekali-kali tidak dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum." (Al-A'raf:40)

Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman:"Tulislah kitab (catatan) hambaku di dalam sijjin" di bumi yang bawah, kemudian nyawanya dilempar dengan keras. Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh." (Al Hajj:31). 

Kemudian ruhnya dikembalikan di dalam jasadnya. Dan dua malaikat mendatanginya dan mendudukkannya: Kedua malaikat itu bertanya:"Siapakah Rabbmu?" Dia menjawab:"Aku tidak tahu". Kedua malaikat itu bertanya:"Apakah agamamu?" Dia menjawab:"Aku tidak tahu". Kedua malaikat itu bertanya:"Siapakah laki-laki yang telah diutus kepada kamu ini?" Dia menjawab:"Aku tidak tahu".

Maka seorang penyeru dari langit berseru:"Hambaku telah (berkata) dusta, berilah dia hamparan dari neraka, dan bukakanlah sebuah pintu untuknya ke neraka". Maka datanglah kepadanya panasnya neraka dan asapnya. Dan kuburnya disempitkan atasnya, sehingga tulang-tulang rusuknya berhimpitan. Dan datanglah seorang laki-laki berwajah buruk kepadanya berpakaian buruk, beraroma busuk, lalu mengatakan:"Terimalah kabar dengan apa yang menyusahkanmu, inilah harimu yang engkau telah dijanjikan (keburukan)".

Maka ruh orang kafir itu bertanya kepadanya:"Siapakah engkau, wajahmu adalah wajah yang membawa keburukan?" Dia menjawab:"Aku adalah amalmu yang buruk". Maka ruh itu berkata:"Rabbku, janganlah engkau tegakkan hari kiamat"....Na'uzubillah..!

Untuk Orang Bujang - Ilmu Pengasih Asma Khodam

Bercerita masalah asmara, memanglah sangat mengasyikkan. Akan tetapi tidaklah selamanya asmara itu mengasyikkan, sebab di dalam asmara pun ada bunga yang berbau busuk. Ada gula yang terasa empedu, ada khayalan yang melambungkan dan kemudian menghempaskan, ada impian yang meninabobokan dan kemudian membangunkan, ada cinta yang merana, ada kasih yang tersisih, ada debar-debar syahdu yang kemudian menyayat bagaikan sembilu dan masih banyak yang lainnya.
Hanya saja yang menjadi permasalahan bukan soal lari atau menerima, melainkan bagaimana caranya menggolkan asmara. Supaya asmara dapat berbunga-bunga dan terhindar dari kegagalan. Asmara berarti cinta, dan cinta bukan berarti harus memiliki, inilah yang tidak kita inginkan.
Oleh karena itu, di dalam urusan asmara dan cinta pun kita tak bisa lepas dari tangan Allah. Setelah berupaya lahiriah, agaknya kita pun perlu berupaya secara rohaniah mengaharap ridho Allah agar cinta bukan harus memiliki berubah menjadi cinta berarti harus memiki. Karena sepanjang Allah menghendaki, maka tiada lagi kekuatan yang mampu menghalangi kehendak Illahi.
Di sini akan kami sajikan upaya rohaniah agar cinta berarti harus memiliki, yaitu laku rohaniah dengan menggunakan Ilmu Pengasihan Ayat dan Asma Khadam. Ilmu pengasihan ini apabila ayat-ayat dan nama-nama khadam di bawah ini dibaca sebanyak 41 kali, maka Insya Allah, orang yang kita kehendaki akan langsung jatuh cinta. Dan ilmu pengasihan ini bisa dilakukan atau dipelajari baik oleh pria maupun wanita.

Inilah ayat-ayat dan nama-nama khadam dalam Ilmu Pengasihan Ayat 
dan Asnma Khadam yang harus dibaca:
(Kamaa-in anzalnaahu minas-samaa-i fakh-tala-tha
bihii nabaatul ar-dhi fa-ash-baha hasyiiman
tadzruuhur riyaah) ya hagh-qal-zaa-iil.
(Huwallaahul la-dzi laa ilaaha illaa
huwa'aalimul ghaibi wasy-syahaadati huwar
rahmaanur rahiim) yaajagh-syak-yaa-iil.
(Yaumul azifati i-dzil quluubu ladal hajaajira
kaazhimiina malizh-zhalimiina min hamiimiw 
walaa syafii-'iy yu-thaa') yaa ghadz-yaa-iil.
('Alimat nafsum maa ah-dharatfalaa uqsimu 
bil-khunnasil jawaaril kunnasi wallaili 
i-dzaa 'as-'asa wash-shubhi i-dza tanaffa) ya wa'-zal-haa-iil.
(Shad wal-Qur'aani dzidz dzikri balil ladziina 
kafaruu fii'izzati wasyiqaq) ya dzagh-sya'-yaa-ill 
tawakkaluu ya khuddaana haa-dzihil aayaati 
wa-ayyuhas sayyidu mai-tha-tharuuna bitahyiiji 
qalbi ... (sebut nama si dia) bin ... (bila si dia lelaki)/ binti ... (bila si dia wanita) ... (sebut nama ibunya).
'alaa mahabbatii wamawaddatii aluuhan aluuhan
al'ajal al'ajal assaa'ah assaa'ah 'alaa mulki
sulaimaanabni daawuuda 'alaihimas salaamu bihaqqi
muhammadinil mush-thafaa shal-lallaahu'alaihi wasallama
wabihaqqi haa-dzihil aayaatil'i-zhaami wal-asmaa-il
kiraami wabihaqqi kah-fazh-mah-yuusy.
Allaahumma innii as-aluka an tusakh-khiralii
watuharrikalii qalba ... (sebut nama si dia) bin (bila lelaki) binti (bila si dia wanita) 'alaa mahabbati
mawawaddatii nash-run minallahi wafat-hung qariib.

Caranya: 
tiap malam bacalah ayat dan asma khadam tersebut sebanyak 41 kali tiap usai mendirikan shalat fardhu dan tiap tengah malam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut. Insya Allah dengan amalan ini kita bisa mendapatkan cinta dari orang yang telah menjadi pilihan kita. Semoga.

Komentar: 
Ilmu ini adalah warisan dari para Waliullah dan secara diam-diam menjadi andalan dari banyak manusia guna mewujudkan hasratnya. Saya meyakini, walau kelihatannya mudah untuk dijalani, tetapi jangan silap, godaan di dalam menjalani bukan main banyak dan beratnya.
Oleh karena itu, saya berpendapat, sebagai ilmu yang berlandaskan pada nafas keIslaman, bagi yang diridhoi, sudah barang tentu keampuhannya tak perlu diragukan lagi.
Pasalnya jelas, selain menjunjung tinggi Asma Allah, ilmu ini juga melibatkan khadam yang benar-benar mempunyai keampuhan luar biasa. Saya hanya dapat berpesan, hati-hatilah di dalam mengamalkan ilmu pengasihan yang satu ini. Sebab jika untuk main-main, Anda akan terkena banyak resiko. Yakni dari Allah, para Wali juga dari khadam yang dilibatkan. Oleh karena itu, hati-hatilah di dalam mengamalkannya!

http://kadigjayaan.blogspot.com/

Tasawuf Sunan Bonang

Suluk Wujil

Jangan terlalu jauh mencari keindahan
Keindahan ada dalam diri
Malah jagat raya terbentang dalam diri
Jadikan dirimu Cinta
Supaya dapat kau melihat dunia (dengan jernih)
Pusatkan pikiran, heningkan cipta
Siang malam, waspadalah!
Segala yang terjadi di sekitarmu
Adalah akibat perbuatanmu juga
Kerusakan dunia ini timbul, Wujil!
Karena perbuatanmu
Kau harus mengenal yang tidak dapat binasa
Melalui pengetahuan tentang Yang Sempurna
Yang langgeng tidak lapuk
Pengetahuan ini akan membawamu menuju keluasan
Sehingga pada akhirnya mencapai TuhanSebab itu, Wujil! Kenali dirimu
Hawa nafsumu akan terlena
Apabila kau menyangkalnya
Mereka yang mengenal diri
Nafsunya terkendali

Kelemahan dirinya akan tampak

Dan dapat memperbaikinya


Suluk Kaderesan

Jangan meninggikan diri

Berlindunglah kepada-Nya

Ketahuilah tempat sebenarnya jasad ialah roh

Jangan bertanya

Jangan memuja para nabi dan wali-wali

Jangan kau mengaku Tuhan.


Suluk Ing Aewuh

Perkuat dirimu dengan ikhtiar dan amal

Teguhlah dalam sikap tak mementingkan dunia

Namun jangan jadikan pengetahuan rohani sebagai tujuan

Renungi dalam-dalam dirimu agar niatmu terkabul

Kau adalah pancaran kebenaran ilahi

Jalan terbaik ialah tidak mamandang selain Dia.

Cinta menurut pandangan Sunan Bonang ialah kecenderungan yang kuat kepada Yang Satu, iaitu Yang Mahaindah. Dalam pengertian ini seseorang yang mencintaiNya tidak memberi tempat pada yang selain Dia. Ini terkandung dalam kalimah syahadah La ilaha illallah. Laba dari cinta seperti itu ialah pengenalan yang mendalam (makrifat) tentang Yang Satu dan perasaan haqqul yaqin (pasti) tentang kebenaran dan kewujudanNya. Maka kita dengan segala gerak-gerik hati dan perbuatan kita, akan senantiasa merasa diawasi dan diperhatikan olehNya. Kita sentiasa ingat (eling) dan waspada.

Cinta merupakan, baik keadaan rohani (hal) mahupun peringkat rohani (maqam). Sebagai keadaan rohani ia diperoleh tanpa upaya, kerana Dia sendiri yang menariknya ke hadiratNya dengan memberikan keinginan mendekatiNya ke dalam hati si penerima. Sedangkan sebagai maqam atau peringkat rohani, cinta dicapai melalui ikhtiar terus-menerus, antara lain dengan memperbanyak ibadah dan melakukan mujahadah, yaitu perjuangan batin melawan kecenderungan buruk dalam diri disebabkan hawa nafsu. Ibadah yang sungguh-sungguh dan latihan kerohanian dapat membawa seseorang mengenal kehadiran rahasiaNya dalam setiap aspek kehidupan. Kemahuan murni, yaitu kemahuan yang tidak dicemari sikap ego atau mengutamakan kepentingan hawa nafsu, timbul dari tindakan ibadah. Kita harus menjadikan diri kita masjid; tempat bersujud dan menghadap kiblatNya, dan segala perbuatan kita pun harus dilakukan sebagai ibadah. Kemahuan mempengaruhi amal perbuatan dan perilaku kita. Kemahuan baik datang dari ingatan (zikir) dan fikiran (fikir) yang baik dan jernih tentangNya....insya Allah.

Play That Funky Music - Wild Cherry (1976).wav




Bagi menceriakan suasana yang muram !