Monday, 30 May 2011
Bilah Melayu yang berasal dari Tanah Jawa
Thursday, 26 May 2011
Bilah lurus Keris Jawa
Hadiah dari seorang kawan baik yang menghargai erti persahabatan (walaupun perangai aku buruk !)
Keris lurus berdapur Sempaner, tangguh nom-noman Yogyakarta. Pamor Ngulit Semongko kekelabuan gelap. Pakaian baru; warangka Gayaman Yogyakarta, kayu Kemuning wood, pendok Kemalo berwarna merah. Panjang bilah 36.70 cm
Thursday, 19 May 2011
Carita Genengan Demak Luk 11
Friday, 13 May 2011
Wednesday, 11 May 2011
Pengertian Zuhud
Mengikut Sayyidina Ali, zuhud adalah kunci kepada keselamatan manusia dan meletakkan orang zuhud sebagai orang kesayanganNya. Firman Allah SWT “Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang (anak Adam) mempunyai dua hati dalam rongga dadanya..” (Al-Ahzab:4). Hati manusia ini kalaulah tanpa zuhud, nescaya akan diisi dengan cinta dunia. Orang zuhud pula mengambil dunia sekadar perlu dan selebihnya digunakan untuk jalan Allah swt.
Secara ringkas, hakikat zuhud ialah menyingkirkan apa apa yang semestinya disenangi dan diingini oleh hati, kerana yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk meraih darjat @ maqam yang tinggi di sisi Allah SWT. Syeikh Abu al-Qasim Karim Hawazin al-Qushairi dalam risalah al-Qushairiah menyebut bahawa Allah SWT memberikan gambaran tentang kesempurnaan zuhud menerusi firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang yang bertaqwa." (Surah al-Nisa 4:77).
Daripada Abu Abbas, Sahl bin Sa'ad al-Sa'idy telah berkata, "Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw lalu berkata: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang sekiranya aku laksanakannya nescaya aku akan dicintai Allah dan dicintai manusia." Lantas Rasulullah saw menjawab: "Berlaku zuhudlah di dunia nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai manusia." (Riwayat oleh Ibn Majah)
Takrif Zuhud
Apakah erti sebenar zuhud? Apakah dengan meninggalkan dunia dan menumpukan tujuan pada akhirat semata-mata itu dikira zuhud? Mengikut para ulama: "Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal dan mensia-siakan harta tetapi sesungguhnya zuhud itu adalah apabila kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah SWT berbanding dengan apa yang ada pada kamu".
Satu kisah seorang sahabat Nabi ternama,Haritsah. Nabi saw bertanya “Bagaimana kamu hari ini, wahai Haritsah?” Dia menjawab, “Aku sungguh beriman, ya Rasulullah.” “Apa buktinya?” tanya baginda. Dia menjawab “Aku telah memalingkan jiwaku dari dunia ini. Itulah sebabnya di siang hari aku haus dan di malam hari kau terjaga, dan rasa rasanya aku melihat Arasy Tuhanku menghampiriku, dan para penghuni syurga sedang bersuka ria dan para penghuni neraka sedang menangis.” Nabi SAW bersabda “Itulah seorang mukmin yang hatinya telah dibukakan Allah SWT. Kau telah tahu Haritsah, maka camkanlah.”
Imam Ahmad Ibnu Hambal mengklasifikasikan tingkatan zuhud :
- Zuhudnya orang kebiasaan ialah meninggalkan perkara-perkara yang haram.
- Zuhud orang yang khawas (khusus) iaitu meninggalkan hal yang berlebih lebihan (al- fudhul) meskipun barang halal.
- Zuhud orang Arif iaitu meninggalkan segala sesuatu yang dapat memalingkan daripada mengingati Allah SWT.
Al Imam Ghazali pula membahagikan zuhud kepada tiga peringkat :
- Tingkat terendah ialah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat.
- Tingkat kedua ialah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat
- Tingkat tertinggi ialah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut atau harap, tetapi semata mata kerana cinta kepada Allah SAW.
Imam Malik r.a. berkata: "Zuhud itu terdiri daripada tiga huruf iaitu : Zai bermaksud bekalan menuju ke akhirat, Ha pula bermaksud hidayah menuju agama, dan dal bermaksud istiqamah dalam melaksanakan ketaatan."
Kisah sifat zuhud Salman al-Farisi
Gabenor Kufah ini telah menghairankan manusia yang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia ini dengan tangisannya. Apabila ditanya mengapa beliau menangis, Salman menjawab: "Sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku, "Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang yang bermusafir." (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban).
Selepas mengucapkan sabda Rasulullah saw, Salman menyambung kembali ucapannya, "Sedang kita telah mengambil seluruh dunia ini berserta isinya". Penduduk Kufah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali:
- Sebatang tongkat untuk berjalan.
- Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untukkegunaan ketika menghakimi.
- Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan pelbagai kegunaan harian.
Maka mereka bertanya Salman: "Wahai Gabenor, sesungguhnya kami melihat apa-apa dunia pun daripadamu kecuali keperluanmu terhadap tiga benda ini sahaja”. Salman menjawab: "Itulah yang aku fikirkan. Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah s.w.t. terhadap tiga benda yang aku miliki ini."
Perjalanan Zuhud
Syeikh Ibrahim bin Adham pernah ditanya seorang lelaki: "Bagaimana cara engkau mencapai darjat orang zuhud?" Ibrahim menjawab: "Dengan tiga hal, Pertama, aku melihat kuburan itu sunyi dan menakutkan, sedang aku tidak menemukan orang yang dapat mententeramkan hatiku disana. Kedua, aku melihat perjalanan hidup menuju akhirat itu amat jauh, sedang aku tidak memiliki cukup bekal. Ketiga, aku melihat Rab Yang Maha Kuasa menetapkan satu keputusan atasku, sedang aku tidak punya alasan keputusan itu." (Imam al-Nawawi, Nasaih al-Ibad).
Monday, 9 May 2011
Berminat menjadi Bomoh @ Pawang ? - Part III
Teknik Pengubatan
(i) Mimpi
Di antara berbagai-bagai teknik yang terdapat di dalam perubatan secara tradisional, terdapat satu teknik yang amat menarik digunakan oleh bomoh-bomoh. Teknik ini adalah melalui mimpi. Mimpi yang dimaksudkan di sini adalah mimpi yang dialami oleh para bomoh pada waktu malam sewaktu tidur. Mimpi merupakan satu faktor yang sangat penting bagi bomoh-bomoh yang berada di tahap awalan atau di dalam 'latihan' menjadi bomoh. Fenomena ini jelas terutamanya bagi bomoh-bomoh yang memperolehi ilmu perbomohan melalui keturunan. Selepas mengalami beberapa peristiwa tertentu, bomoh ini akan mengalami mimpi pula.
Mimpi yang dialami oleh bomoh terdiri daripada dua iaitu mimpi khas dan mimpi biasa. Mimpi khas ini mempunyai beberapa sifat yang tertentu pula. Biasanya orang-orang yang dimimpikan itu terdiri daripada orang tua sama ada lelaki atau perempuan. Mereka berpakaian serba putih dan akan memperkenalkan dirinya kepada bomoh yang bermimpi. Orang ini dikenali sebagai 'wali kesakti'. Mereka telah mati dan menjelma dalam mimpi. Pada masa hayatnya mereka terdiri daripada orang-orang megah ataupun orang-orang besar dan ternama di dalam bidang pengubatan.
Seperti yang tersebut di atas, orang-orang ghaib ini berpakaian serba putih dan kedatangan mereka adalah pada malam-malam tertentu sahaja seperti malam Jumaat dan malam Selasa. Pakaian yang serba putih ini mungkin melambangkan orang yang sudah mati. Putih juga mungkin melambangkan kesucian.
Kedatangan pada hari-hari yang tertentu oleh 'makhluk ghaib' ini mungkin ada kepentingannya. Hari Jumaat mempunyai beberapa keistimewaan daripada pandangan Islam. Hari Selasa pula menurut kepercayaan bomoh adalah satu hari yang berkat. Hari Selasa dikaitkan dengan perubatan di mana terdapat kepercayaan kononnya anak-anak yang dilahirkan pada hari Selasa pada satu hari akan menjadi bomoh.
Di dalam bermimpi, orang tua atau makhluk ghaib akan mengajar bomoh cara-cara mengubati seseorang. Selain daripada itu, bomoh-bomoh juga akan diberi ramuan-ramuan bagi pengubatannya.
(ii) Menurun
Menurun merupakan satu fenomena di mana seorang bomoh berada di dalam keadaan yang seolah-olah tidak sedarkan diri ('trance'). Keadaan ini merupakan kemuncak di dalam pengubatan seseorang bomoh dan hanya digunakan bagi kes-kes yang teruk sahaja. Semasa menurun ini, para bomoh mendakwa mereka tidak sedar akan apa yang mereka lakukan. Oleh kerana kes yang melibatkan menurun merupakan kes-kes penyakit yang berat, maka makhluk ghaib perlu campur tangan di daIam pengubatan tadi.
Kebanyakan bomoh yang menurun melakukannya disebabkan oleh ilmu yang dipelajarinya sendiri. Mereka yang menurun selain daripada menggunakan doa-doa yang tertentu juga bergantung banyak pada 'makhluk ghaib'. Pesuruh atau makhluk ghaib merupakan faktor utama terjadinya keadaan menurun ini.
Satu hal yang agak unik di sini, di dalam keadaan tidak sedarkan diri, bomoh akan melakukan perlakuan-perlakuan yang ganjil. Perlakuan-perlakuan di sini adaIah di luar batasan perlakuan manusia yang rasional.
Terdapat satu keistimewaan pada bomoh, bidan yang menggunakan 'makhluk ghaib'. Keistimewaannya ialah, bomoh ini boleh mengubati seseorang tanpa hadir di tempat orang yang sakit. Misalnya kalau bidan yang tidak menggunakan pertolongan 'makhluk ghaib', terpaksa melakukan segala urut-mengurut untuk seseorang yang sakit itu, tetapi keadaan sebaIiknya akan terjadi kepada bidan yang menggunakan 'makhluk ghaib'. Misalnya pada malam hari pesakit kepada bidan tadi merasa sakit atau sengal tubuh badannya, si pesakit akan merasa seolah-olah dirinya sedang diurut oleh seseorang pada hal bidan ini tidak hadir sama. Ilmu seperti ini selalunya turun-temurun iaitu diperturunkan dari satu generasi kepada generasi selepasnya.
Isyarat hendak lupa diri
Seseorang bomoh dapat meneka bahawa ia akan mengalami keadaan menurun atau tidak sedarkan diri ini. Ada bomoh yang merasa sejuk ibu jari kakinya dan keadaan sejuk ini akan merebak ke seluruh badannya. Kemudian dia akan terus lupa atau tidak sedarkan diri. Ada juga bomoh yang merasa seram sejuk di bahagian telinganya dan diikuti oleh keadaan yang menyebabkan meremang bulu roma tengkuk dan akhir sekali, beliau pun mengalami keadaan menurun. Isyarat hendak lupa diri yang dialami oleh para bomoh ini berlainan di antara satu sama lain.
Terdapat dua keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya peristiwa 'menurun' ini :
(i) Secara sengaja - Yang dimaksudkan dengan secara sengaja ialah, bomoh memang mempunyai tujuan ke arah menurun tadi dengan maksud mengubatkan penyakit. Ini dilakukan dengan menyeru 'makhluk ghaib' yang menjadi pesuruh bomoh tadi. Juga sebelum fenomena 'menurun' terjadi, terdapat beberapa upacara yang dijalankan oleh bomoh seperti menyediakan alat-alat pemujaan seperti bertih, nasi kunyit dan sebagainya.
(ii) Secara tidak sengaja - Keadaan tidak sengaja pula boleh timbul kerana beberapa sebab. Yang pertamanya, bomoh tidak mempunyai tujuan menurun apabila ia sedang mengubati seseorang pesakit. Tetapi disebabkan oleh keadaan yang sudah tidak dapat dikawaI dia dengan tiba-tiba akan lupa diri.
Keadaan kedua ini iaitu menurun dengan tidak sengaja, terjadi kepada bomoh yang melanggar pantang larang. Pantang larang yang boleh membawa kepada lupa diri atau menurun selalunya disebabkan oleh makanan, iaitu bomoh mesti berpantang daripada memakan benda-benda yang berdarah.
Apabila terjadi keadaan menurun, seseorang bomoh itu mestilah mengubati dirinya sendiri. Berkenaan dengan menurun dengan sengaja, tidaklah menyulitkan. Apabila habis saja berubat, dalam masa menurun itu seseorang itu akan pulih seperti sediakala. Misalnya bomoh akan meminta kemenyan, kemudian dibakar dan diperasap ke seluruh tubuh badannya.
Bagi keadaan menurun yang tidak sengaja pula, keluarga yang terdekat atau sahabat handai akan menolong bomoh itu lupa diri, keluarganya akan menyediakan asap kemenyan. Kemudian beliau akan 'menyahut' semula benda-benda yang di'bela'nya iaitu makhluk 'ghaib. Selepas ini barulah bomoh atau bidan tadi akan sedarkan diri dan pulih seperti sediakala.
Berminat menjadi Bomoh @ Pawang ? - Part II
Satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat bahawa bomoh dan bidan memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu Kedah. Pada tahun-tahun sebelum datangnya peradaban serta pendidikan barat, khususnya Inggeris, peranan atau fungsi bomoh begitu menonjol sekali di kalangan masyarakat Melayu Kedah. Dalam perkataan lain, peranannya di sini tidaklah terhad pada bidang mengubati dan menyembuhkan penyakit sahaja, bomoh juga terlibat dalam kegiatankegiatan harian masyarakat Melayu Kedah. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah mendirikan rumah baru, upacara perkahwinan, berpindah rumah, meneroka hutan, memilih jodoh, hal-hal mengenai kelahiran bayi, bersunat, mengubatkan penyakit dan lain-lain lagi.
Bagaimana memperolehi ilmu perbomohan:
Untuk menjadi seorang bomoh, seseorang itu mestilah memperolehi ilmu. Cara bomoh memperolehi ilmu dapat dibahagikan kepada dua golongan:
1) Memperolehi ilmu melalui menuntut atau belajar.
Daripada dua golongan ini boleh dipecahkan lagi kepada beberapa kategori lagi. Mula-mula kita tinjau ilmu yang diperolehi melalui "menuntut". "Menuntut" yang dimaksudkan di sini ialah dengan mempelajarinya daripada Tok Guru (bomoh) ataupun daripada amal ibadat yang tertentu. Orang yang menuntut melalui Tok Guru adalah terdiri daripada yang terlibat di dalam perubatan jenis akar kayu. "Penolong", iaitu makhluk ghaib yang menolong bomoh di dalam perubatan misalnya jin Islam dan sebagainya tidak perlu di dalam perubatan jenis ini. Yang lebih penting atau dititikberatkan ialah teknik menggunakan bahan-bahan daripada akar kayu.
Kategori kedua daripada bomoh menuntut ini ialah yang mempraktikkan ilmu ibadat. Orang yang menggunakan cara ini memperolehi ilmu melalui ilham. Ilham itu dikurniakan kepada seseorang adalah disebabkan oleh berkat amal ibadatnya. Setelah sekian lama beramal ibadat dengan penuh tekun dan sabar, datanglah pertolongan ghaib yang diistilahkan sebagai "ahli khutub", iaitu sejenis malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk menolong bomoh di dalam usaha pengubatannya.
Ada satu jenis ilham yang diistilahkan sebagai "singgah". Ilham ini hanya bersifat sementara sahaja atau terhad di dalam jangka waktu yang tertentu sahaja. Roh yang berkebolehan di dalam hal-hal mengubat seperti wali-wali Allah dan jin Islam akan meresapi tubuh orang yang berkenaan dan akan memimpinnya di dalam usaha mengubati pesakit. Apabila orang yang berkenaan menerima ilham, dia dengan secara automatis menjadi pandai di dalam hal perubatan. Selepas habis tempohnya iaitu apabila roh-roh wali Allah dan jin Islam meninggalkannya, orang tadi akan menjadi seperti biasa semula. Tetapi jika orang yang berkenaan sedar akan ilmu yang dikurniakan kepadanya itu dan cuba mempelajarinya dengan lebih mendalam serta mengamalkannya, ilmu itu mungkin kekal diperolehinya.
Golongan kedua yang akan dibincangkan pula di sini ialah mereka yang mempelajari ilmu melalui warisan. Daripada golongan ini boleh dipecahkan lagi kepada dua kategori.
2) Mereka yang memperolehi ilmu perbomohan daripada keluarga yang masih hidup lagi.
Bagi kategori pertama, bomoh tadi tidak berniat untuk menjadi bomoh tetapi disebabkan mereka mempunyai darah keturunan bomoh, maka ia harus diperturunkan oleh generasi sebelurnnya. Fenomena ini secara am agak jelas di dalam masyarakat Melayu di mana ilmu perbomohan bapa akan diperturunkan kepada generasi lelaki selepasnya dan ilmu perbomohan ibu akan diwarisi oleh anak perempuannya.
Kategori kedua daripada penerimaan ilmu melalui keturunan ialah ilmu diperturunkan oleh keturunan yang masih hidup lagi. Selalunya, datuk atau bapa akan menurunkan ilmunya kepada generasi selepasnya sebelum mereka meninggal dunia. Di dalam pengubatannya bomoh menggunakan jampi-jampi yang terdiri daripada ayat-ayat Quran dan juga jampi-jampi daripada perkataan Melayu. Segala doa ini kadang-kadang diperolehi melalui jampi.
Di sini "penolong" lebih banyak digunakan di dalam kes-kes bomoh yang turun-temurun. "Penolong" yang datang di dalam mimpi tadi berkemungkinan dalam bentuk roh-roh datuk nenek kepada bomoh-bomoh tadi yang pada satu masa asalnya adalah bomoh juga. Makhluk-makhluk ghaib yang dimimpikan oleh bomoh merupakan kuasa luar biasa yang menolong bomoh di dalam hal-hal pengubatan. Sungguhpun begitu, "penolong" tidak semestinya diperolehi daripada bomoh turun-temurun sahaja. Seseorang bomoh yang belajar juga boleh memperolehi "penolong" iaitu melalui menuntut.
Dari sudut pandangan Islam, seseorang bomoh menerima "penolong" melalui amal ibadatnya. Setelah sekian lama beramal ibadat dengan penuh tekun dan sabar mengenai ajaran-ajaran Islam, seseorang itu akan didatangi oleh pertolongan ghaib. Pertolongan ghaib ini dikenali sebagai "ahli khutub". Fungsi atau peranan ahli khutub ini berlainan dengan "penolong" biasa yang telah disebutkan tadi. "Penolong" biasa ini secara kasar dapat dikatakan boleh dibuat "orang suruhan" kepada bomoh, tetapi ahli khutub memberi pertolongan dalam erti kata yang agak berlainan daripada "penolong" biasa. Ahli khutub lebih bersifat menasihati atau memberitahu perkara-perkara yang di luar kemampuan manusia untuk berfikir. Dalam perkataan lain, ahli khutub memberitahu tentang perkara-perkara ghaib.
Kategori yang kedua terdiri daripada mereka yang tidak menggunakan "penolong". Di sini apa yang lebih penting terletak pada teknik pengubatan mereka. Mereka bergantung kepada kecekapan mencampur berbagai-bagai akar kayu. Jadi di sini jenis pengubatanlah yang memainkan peranan penting di dalam menentukan sama ada seseorang itu memerlukan "penolong" atau tidak.
Untuk menjelaskan lagi hal mengenai cara-cara memperolehi ilmu, ada dua perkara yang perlu penghuraian lanjut. Yang pertamanya adalah konsep "berkat" dan keduanya "Bakul Pengkeras". Dua perkara ini perlu diberi penghuraian kerana perkara ini merupakan sebahagian daripada inti pati perbincangan mengenai cara bomoh memperolehi ilmu.
Konsep Berkat
'Berkat' dapatlah diertikan sebagai pemberian istimewa Allah S.W.T. kepada makhluknya berdasarkan ibadatnya. Di sini menunjukkan permintaannya telah dikabulkan oleh Allah S.W.T. Tanpa adanya berkat, seseorang itu tidak boleh menjadi bomoh.
Pada amnya, berkat itu boleh diperolehi dari dua cara:-
ii) Bergantung kepada corak hidup seseorang itu - Yang kedua pula bergantung kepada corak kehidupan seseorang itu. Ini bermakna seseorang itu pandai mengatur ekonomi rumah tangganya serta kehidupannya. Dia tidak boros tidak tentu hala dan tidak pula kedekut. Di samping bekerja dan menjaga ekonomi hidupnya, ia juga mestilah berdoa supaya ia akan diberkati Tuhan. Dengan ini, seseorang itu akan mendapat kehidupan yang aman dan sentosa selalu. Segala yang dilakukannya itu akan memberi manfaat atau kebaikan pada dirinya dan juga kepada orang lain.
Berminat menjadi Bomoh @ Pawang ? - Part I
http://tokngah.blogspot.com/2007/11/cara-cara-menjadi-tok-bomoh-dan.html
Ada sesiapa yang berminat ?
Ingatlah wahai saudara ku...!
Dari Anas r.a katanya : “Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya” : “Bagaimana keadaanmu?” Pemuda itu menjawab : “Aku berharap kepada (rahmat) Allah – Ya Rasulullah! – dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku”. Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti”. (Anas r.a)
Istirehat
Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan.Golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan. Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT. Sedangkan orang yang buruk akhlaknya, kematiannya itu merupakan satu kerehatan untuk penghuni dunia daripada terus berhadapan dengan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukannya. Kematiannya dituruti dengan kesengsaraan dan balasan azab daripada Allah SWT.
Sunday, 8 May 2011
Dunia sekadar persinggahan
Takdir Manusia
Thursday, 5 May 2011
Wahdatul Wujud Menyalahi Akidah ?
Jadi keduanya berpengertian, kita dapat bersatu dengan dzat Allah. Dalam penggambaran karya-karya suluk di jawa yang berisi mengkritik ajaran para wali sembilan, misalnya suluk karya Syekh Siti Jenar (contoh lainnya adalah serat gatholokoco, dinamakan serat karena penulis suluk ini, Gatholokoco berpendapat bahwa suluk lebih cenderung ke islam), manusia dianggap memiliki 20 sifat-sifat Allah. Contohnya di antaranya; dzat Allah terdapat pada diri kita, jadi kita tidak perlu salat karena dzat Allah sudah ada pada diri kita (Jawa: Islam Abangan).
Hal-hal tersebut di atas dianggap sangat bertentangan dengan syariat islam menurut pengertian umum, dan Syekh_Siti_Jenar dihukum oleh para wali sembilan. Wahdatul Wujud sebenarnya adalah suatu ilmu yang tidak disebarluaskan ke orang awam. Sekalipun demikian, para wali-lah yang mencetuskan hal tersebut. Karena sangat dikhawatirkan apabila ilmu wahdatul wujud disebarluaskan akan menimbulkan fitnah dan orang awam akan salah menerimanya. Wali yang mencetuskan tersebut contohnya adalah Al Hallaj dan Ibn Arabi. Meskipun demikian, para wali tersebut tidak pernah mengatakan dirinya adalah tuhan. Dan mereka tetap dikenal sebagai ulama alim. Dalam dunia tasawuf , sering terdapat perbedaan antara ilmu syariat dan ilmu ma'rifat.
Sebagai orang Islam tentu saja diharuskan menguasai ilmu syariat. Dan ilmu ma'rifat atau ilmu tashawuf dengan kata lain ilmu hikmah, sangat ditekankan untuk mengambil sebuah hikmah. Hal tersebut telah diabadikan oleh Allah dalam Surah Al Kahfi tentang pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidir. Hal tersebut menunjukan Ilmu Syariat yang dikuasai Nabi Musa dari kitabnya (Taurat) dan Nabi Khidir yang mendapatkan langsung ilmunya dari petunjuk Allah yang penuh hikmah atau ilmu ma'rifat.Dalam penggambaran awal tersebut sudah ditunjukan betapa susahnya memahami ilmu ma'rifat dengan ilmu syariat. Penggambarannya adalah seperti pertemuan antara daratan dan lautan.
Dimana Musa diberitahukan, ia akan menemukan orang yang lebih pandai darinya disaat ikan yang dibawanya hilang. Ikan mati tersebut hidup kembali di suatu tempat ketika Nabi Musa dan pembantunya beristirahat. Hal itu merupakan penggambaran ilmu yang sangat susah sekali dimana ikan mati dapat hidup kembali, seperti Nabi Musa yang tidak dapat bersabar melihat perilaku Nabi Khidir yang dilihat secara syariat sangat bertentangan. Tetapi hal tersebut dilakukan Nabi Khidir dari petunjuk Allah yang penuh dengan hikmah. Jadi tentu saja hal-hal ma'rifat hanya dapat dipahami secara pribadi bagi orang yang diturunkan kepadanya secara langsung.Meskipun ilmu ma'rifat terlihat sangat bertentangan dengan ilmu syariat, tetapi sebenarnya tidak. Jadi ilmu tersebut dapat dikatakan ilmu tinggi yang digali dari perjalanan pikir para wali dan tidak untuk disebarluaskan.
Hal tersebut seperti terjadi pada Syekh Siti Jenar yang mendengarkan wejangan yang diberikan oleh Hal tersebut seperti terjadi pada Syekh Siti Jenar yang mendengarkan wejangan yang diberikan oleh Sunan Ampel kepada orang yang akhirnya menjadi seorang wali, yaitu Sunan Bonang. Siti Jenar adalah orang awam yang salah tangkap menerima wejangan tersebut. Tetapi dari kedua konsep tersebut, para ulama masih berbeda pendapat.Selain perseteruan pendapat konsep wahdatul wujud dan wahdatul syuhud di Jawa, hal itu juga terjadi pada kaum Syi'ah Isma'iliyah pada masa Al Hallaj.
Hal yang berbeda pengertian terjadi dari definisi kaum syi'ah tentang zina, puasa, dan sabar. Mereka juga dianggap pemberontak dan dianggap musuh oleh raja dan para ulama. Peperangan yang terjadi tidaklah dari para ulama, tetapi oleh Raja yang menganggap mereka adalah pemberontak dan musuh politik. Al Hallaj yang hidup di masa itu, dia mengucapkan kata yang sangat menggemparkan: Ana Al-Haqq berarti Akulah kebenaran. Dia kemudian dianggap mendukung kaum syi'ah. Hal ini juga berarti permasalahan yang timbul dari perselisihan antara ilmu syariat, ilmu ma'rifat, dan kekuasaan atau politik. Semua yang terjadi adalah karena kesalahan pemahaman.
Terbunuhnya Al Hallaj bukan karena ucapannya tetapi karena politik.Tetapi merupakan kesalahan Al Hallaj yang mengucapkan dan mengajarkan konsep Wahdatul Wujud (Ana Al-Haqq) kepada murid-muridnya. Bahwa hal tersebut adalah ilmu yang sangat pribadi dan hanya dimengerti oleh orang yang menerimanya. Selain itu, Al Haqq merupakan sifat-sifat Allah.Ilmu syariat dan ilmu ma'rifat akan selalu menemui kesulitan untuk diajarkan terutama ke masyarakat awam karena ilmu ma'rifat bersifat pribadi dan ghaib. Hal itu merupakan rahasia bagi orang yang menerimanya.
(petikan - http://id.wikipedia.org/wiki/Wahdatul_Wujud)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan Wahdatul Wujud. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.
- Bersetuju dengan Fatwa rasmi Negeri Johor yang telah diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S. Syed Alawi Tahir Al-Hadad seperti berikut:
- Mengikut pendapat ijma ulama' fahaman Wahdatul Wujud adalah kufur. Sesiapa yang mempercayai dan mengamalkannya adalah murtad. Jika pengamal fahaman tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
- Kitab Kasyf al-Asrar, al-Dar an-Nafis, Hidayah as-Salikin dan kitab-kitab lain yang mempunyai elemen Wahdah al-Wujud tidak dibenarkan dipelajari di masjid-masjid dan di suaru-surau.
Siapa Adipati Karna ?
Sifat-sifat @ Moral Karna :
Tidak Mementingkan Diri - Suatu saat, ketika Parashurama (guru yg mengajari Karna seni berperang @ untuk menguasai Bhramashtra) sedang tidur dengan kepala di pangkuan Karna, seekor serangga menggigit pahanya. Ini menyebabkan paha Karna berdarah dan ia pun merasakan kesakitan yang amat sangat. Namun Karna bertahan untuk tidak bergerak agar gurunya tidak terbangun. Darah yang menetes dari paha Karna memercik ke muka Parashurama dan membuatnya terbangun. Melihat apa yang terjadi Parashurama menyedari bahawa Karna adalah seorang kasatriya kerana hanya golongan itu sahaja yang dapat menahan sakit seperti itu.
Tidak Pernah Mengatakan Tidak Boleh - Indra, raja para dewa dan ayah Arjuna, menyadari bahwa baju besi dan anting Karna yang di beri oleh ayahnya @ tidak dapat ditembus oleh senjata apa pun, dengan demikian menjadikan Karna tidak terkalahkan. Ia memutuskan untuk menyamar sebagai seorang brahmana miskin tepat sebelum Karna mandi. Krishna mengetahui keutamaan moral Karna dan bahwa Karna tidak akan menolak permintaan apapun baik dari seorang brahmana maupun seorang pengemis pada saat tersebut (setelah pemujaan terhadap Surya). Surya, dewa matahari dan ayah Karna, mengingatkan Karna dalam mimpi bahwa Indra akan menyamar sebagai seorang brahmana dan meminta baju besi serta antingnya.
Karna tidak mengetahui bahwa Surya adalah ayahnya. Seperti yang telah diduga oleh Surya, atas nasihat dari Krishna, Indra yang menyamar mendekati Karna dan meminta sedekah berupa baju besi (kavacha) dan antingnya (kundala). Karna tahu bahwa dengan memberikan kedua hal tersebut, ia tidak lagi tak terkalahkan. tetapi kerana telah menjadi komitmentnya maka ia tetap memberikan kedua benda tersebut. Indra kagum akan kebaikan hati Karna, menawarkan Karna untuk memakai senjatanya (Shakti) tetapi hanya untuk satu kali saja.
Setiakawan - Krishna pernah memujuk Karna untuk membela Pandawa kerana kebenaran moral yang mendasari alasan Pandava berperang.Di sinilah rasa setia kawan Karna ditunjukkan; Karna memberitahu Khrisna ia mengetahui bahwa Duryodhana tidak mengikuti kebenaran, dengan mendukungnya berarti ia juga tidak mengikuti kebenaran, dan pada akhirnya ia akan menghadapi kekalahan dan kematian karenanya. Tapi ia tetap memutuskan untuk membela Duryodhana kerana “sepanjang hidupku orang menganggapku anak seorang tukang kuda dahulu, baru kemudian sebagai seorang prajurit dan raja. Duryodhana adalah satu-satunya orang yang tidak hanya memandangku sebagai seorang prajurit dan raja, tetapi juga sebagai seorang yang setara dengan dirinya. Tidak pernah ia memandangku sebagai seorang anak tukang kuda. Ketika temanku ini memerlukan dukungan, masihkah engkau mengharapkanku untuk meninggalkannya?”.
Di saat kematian - Krishna menyamar sebagai seorang pertapa dan meminta sedekah kepadanya. Karna yang terluka parah tidak memiliki apa pun untuk diberikan melainkan sebatang gigi emas. Dengan penuh kesakitan Karna melepaskan gigi emasnya, membersihkannya kemudian memberikannya kepada Khrisna. Dengan demikian Karna menjadi satu-satunya manusia yang telah memberikan sedekah kepada Vishnu sendiri. Terharu dengan kemurahan hati Karna, Krishna memberikan kesempatan kepada Karna untuk mengajukan satu permintaan kepadanya. Karna meminta agar jasadnya dikuburkan di tempat yang paling suci di dunia. Sebagai Vishnu, Krishna kemudian memakbulkan permintaannya, meletakkan jasad Karna ditelapak tangannya.
Setelah kematian Karna, Kunti memberitahu Pandawa bahawa Karna adalah putranya dan saudara tertua mereka. Para Pandawa kemudian berkabung untuk Karna. Yudhistira, terutama, begitu terharu dan sedih mengetahui ibunya merahasiakan kenyataan bahwa Karna adalah saudara tertua, yang seharusnya mereka hormati dan patuhi. Ia kemudian mengeluarkan sabda agar sejak saat itu semua perempuan tidak lagi bisa menyimpan rahasia apapun untuk diri mereka sendiri !
Aku yang Mencari....!
"Maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah), di situlah arah yang diredhoi Allah." [Al-Baqarah : 15]
"Maha Suci Allah yang ditangan-Nyalah terletak segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Yang telah mencipta tujuh lagit berlapis-lapis; kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah sesuatu pun yang tidak seimbang. Oleh itu lihatlah berulang-ulang kali adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang. Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah." [Al-Mulk : 1-4]
Di mana pun mereka berada maka Allah ada bersamanya. Dia lebih hampir dari urat lehernya; lebih dekat dari teman duduk dan teman hidupnya. Allah melimpahi seluruh dirinya, lalu tidak ada yang dilihat selain hanya Dia sahaja, yang bersifat Qayyum di langit dan di bumi. Tidak melihat selain dari hanya Dia yang mengurus segala sesuatu, dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Ia tidak melihat selain dari hanya Dia yang memiliki kekuasaan.
Cermin Diri - Ajaran para Wali
"Obat hati ada lima perkara.
Yang pertama, baca Qur’an dan maknanya.
Yang kedua, shalat malam dirikanlah.
Yang ketiga, berkumpulah dengan orang saleh.
Yang keempat, perbanyaklah berpuasa.
Yang kelima, dzikir malam perpanjanglah.
Barang sesiapa yang mampu melaksanakan salah satunya,
semoga Allah memberikan penyembuhnya".
Yang menjadi persoalan, adalah fakta sejarah bahawa para wali itu sebahagian besar dari mereka adalah orang-orang asing @ luar dari Tanah Jawa. Menurut Sudirman Tebba dalam bukunya “Mengenal Wajah Islam yang ramah” (Pustaka Irvan,2007) dan juga "Sajarah Wali" dalam naskah Mertasinga, kebanyakkan para wali berasal dari tanah Arab dan Campa. Jelas sekali orang-orang asinglah yang khususnya datang dan berkumpul ke pulau Jawa untuk menyebarkan dakwah dan sinar Islam!
Syekh Syarif Hidayatullah sendiri serta Sunan Kudus mempunyai darah Arab. Wali-wali yang lain seperti Sunan Ampel, Sunan Giri dan Sunan Bonang yang mempunyai hubungan kekeluargaan satu sama lain, merupakan keturunan dari Campa, perdebatan sering merujuk Campa @ Kemboja. Mengapa mereka datang ke pulau Jawa? Begitu juga lebih hebat lagi bagaimana mereka yang berdarah asing itu dapat menanamkan nilai-nilai Islam sesuai dengan nilai dan adat kebudayaan tempatan @ ‘berdakwah dengan “bahasa” penduduk asli? Ini belum lagi kita menceritakan 'kehebatan' ilmu perang @ persilatan mereka yang dapat menundukkan kekuatan pahlawan-pahlawan dan Raja-raja tempatan yang ada ketika itu. Dari perspektif yang agak berlainan, kalau 'orang asing' dapat mempengaruhi rakyat tempatan dalam mengembang syiar Islam dan menundukkan pemerintah yang sedia ada, mungkinkah juga Tuah sebagai hulubalang 'asing' sememangnya mampu mengalahkan mana-mana pahlawan yang ada ketika itu tanpa Taming Sari?