PUSAKA MPA

Minangkabau

PUSAKA MPA

Urang Awak

PUSAKA MPA

Adat

PUSAKA MPA

Warisan

PUSAKA MPA

Sejarah

Thursday 16 February 2012

Wasiat Nabi s.a.w. Kepada Abu Dzar al-Ghiffari r.a.


Dalam sebuah kesempatan sahabat Abu Dzar a-Ghiffari r.a. pernah bercakap-cakap dalam waktu yang cukup lama dengan Rasulullah s.a.w. Diantara isi percakapan tersebut adalah wasiat beliau kepadanya. Berikut petikannya : Aku berkata kepada Nabi s.a.w., “Ya Rasulullah, berwasiatlah kepadaku.” Beliau bersabda :

“Aku wasiatkan kepadamu untuk bertaqwa kepada Allah, kerana ia adalah pokok segala urusan.”

“Hendaklah engkau senantiasa membaca Al Quran dan berzikir kepada Allah azza wa jalla, kerana hal itu merupakan cahaya bagimu dibumi dan simpananmu dilangit.”

“Janganlah engkau banyak tertawa, kerana banyak tawa itu akan mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajah.”

 “Hendaklah engkau pergi berjihad kerana jihad adalah kependetaan ummatku.”

 “Cintailah orang-orang miskin dan bergaullah dengan mereka.”

 “Katakanlah yang benar walaupun pahit akibatnya.”

 “Hendaklah engkau sampaikan kepada manusia apa yang telah engkau ketahui dan mereka belum mendapatkan apa yang engkau sampaikan. Cukup sebagai kekurangan bagimu jika engkau tidak mengetahui apa yang telah diketahui manusia dan engkau membawa sesuatu yang telah mereka dapati (ketahui).”

”Wahai Abu Dzar, Tidaklah ada orang yang berakal sebagaimana orang yang mau bertadabbur (berfikir), tidak ada wara sebagaimana orang yang menahan diri (dari meminta), tidaklah disebut menghitung diri sebagaimana orang yang baik akhlaqnya.”


Qada dan Qadar - Renungan


"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah swt dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah swt dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."

(Surah An-Nisaa': 136)

 Qada dan Qadar ialah ketetapan Allah swt yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan.  Ia juga adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Perbuatan Allah swt berupa qadarNya selalu sesuai dengan ketentuanNya.

 Dan tidak sesuatupun melainkan disisi kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.

(Surah Al-Hijr : 21)

 Qada bermaksud ketentuan @ hukum @ rencana Allah swt. Qadar membawa maksud Takdir yang terbahagi kepada dua bahagian : Qadar Mubram dan Qadar Muallaq.

 ·                     Qadar @ Takdir Mubram: Takdir yang terjadi pada diri manusia dan tidak dapat diusahakan atau tidak dapat di tawar-tawar lagi oleh mereka. Ianya adalah ketentuan Allah swt yang tertulis di Lauh Mahfuz pada zaman Azali lagi. Ianya pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti berlaku, maka berdoa untuk memanjang umur adalah mustahil). Firman Allah swt bermaksud:

 Dan pada sisi Allah swt jua kunci-kunci semua yang ghaib.’

(Surah al-Anaam: 59).

 ·                     Qadar @ Takdir Muallaq: Takdir yang berhubung rapat dengan ikhtiar manusia, dan ianya adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Kesejahteraan di dunia dan akhirat bergantung kepada amal kebajikann). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

 

Tidak boleh ditolak qadar Allah swt melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa

(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

 Takdir Allah swt merupakan iradah (kehendak) Allah swt. Oleh sebab itu takdir tidak selalu sesuai dengan keinginan kita.  Iman kepada qadha dan qadar artinya percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahwa Allah swt  telah menentukan tentang segala sesuatu bagi makhluknya. Kedua-dua jenis qadar di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah swt. Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah swt melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

 Sesungguhnya seseorang itu diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah, 40 hari menjadi segumpal darah, 40 hari menjadi segumpal daging, kemudian Allah swt mengutus malaekat untuk meniupkan ruh ke dalamnya dan menuliskan empat ketentuan, yaitu tentang rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya, dan (jalan hidupny) sengsara atau bahagia.

(HR.Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud).

 Dari hadits di atas dapat kita ketahui bahwa nasib manusia telah ditentukan Allah swt sejak sebelum ia dilahirkan. Walaupun setiap manusia telah ditentukan nasibnya, tidak bererti bahwa manusia hanya tinggal diam menunggu nasib tanpa berusaha dan ikhtiar. Manusia tetap berkewajiban untuk berusaha, sebab keberhasilan tidak datang dengan sendirinya. Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah swt semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah swt jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. 

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah swt. Sesungguhnya Allah swt tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah swt menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. 

(Surah Ar-Ra’d : 11)