PUSAKA MPA

Minangkabau

PUSAKA MPA

Urang Awak

PUSAKA MPA

Adat

PUSAKA MPA

Warisan

PUSAKA MPA

Sejarah

Wednesday 28 July 2010

Lagi2 Hantu Raya !


Pernah seorang sahabat karib berkata : "Barang siapa ada atau pernah membela "hantu" untuk menggoda, menggigit atau memakan orang lain hendaklah ia menjaga jadual bekalan pulut kuning, ayam panggang dan hidangan mengikut kehendak "hantu"nya pada setiap masa. Kalau tidak tunggulah padahnya kelak dirinya sendiri atau ahli keluarganya pula akan menjadi mangsa "hantu"nya sendiri.

Hendaklah juga orang yang pandai membela "hantu" itu sedar bahawa selepas ia mati kelak; "hantu" belaannya itu akan menjadi saka yang akan menurut turun kepada anak cucunya pula. Jika mereka kelak tidak tahu menjaganya maka mereka kelak akan dimakan "saka" pula. Maka hendaklah juga orang yang pandai membela "hantu" itu mengajarkan kepandaian membela dan menjaga "hantu" itu kepada anak cucunya. Kalaulah perkara itu ada kesan dalam perhitungan di Bank Pusat Almahsyar kelak tidaklah dapat dibayangkan bagaimana percambahan kesuburan akaun itu.

Ada juga yang bertanya "Hantu Raya tu apa dan camner ?' Maka dengan izin tuan-tuan, ingin kita mencoretkan alkisah mengenai kejadian Hantu Raya. Jangan salah anggap, kita tidak fanatik atau taksub pada mana-mana hantu...DIA juga yang paling berkuasa !

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat.

Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya. Maka apa pula kelebihannya ?

Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah. Ia boleh menjelma sebagai manusia. dan ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Kelemahannya pula : Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.

Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya. Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.

Kelemahan dan cara untuk membalun hantu raya - Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis.

Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.

Kisah Hantu Raya ini dipetik dari http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/15/hantu-raya/

Thursday 22 July 2010

Pendamping atau....?


Bolehkah roh orang yang telah mati kembali semula untuk meresap atau memasukki tubuh badan orang yang hidup. Kerana ada juga mendakwa bahawa mereka boleh 'menurun' dengan mendatangkan roh wali-wali ke dalam tubuh badannya. Begitu juga ada persilatan yang menyeru akan roh hulubalang-hulubalang dahulu. Apakah ini benar-benar berlaku?

Apa itu roh?
Roh merupakan suatu rahsia yang menakjubkan. Manusia tidak diberi pengetahuan mengenainya kecuali sedikit sahaja. Hakikat roh hanya diketahui oleh Allah sahaja. (lihat firman Allah, surah al-Isra', ayat: 85). Roh-roh (arwah) itu terdiri dari beberapa tahap alam, iaitu malaikat, jin, manusia dan binatang-binatang.

Para malaikat adalah makhluk yang bersifat taat. Mereka tidak mengingkari perintah Allah, mereka melakukan sesuatu terhadap apa yang diperintahkan sahaja. Oleh itu, mana-mana makhluk tidak dapat menguasainya. Mereka pula tidak dapat secara langsung menolong manusia atau sesiapa sahaja kecuali dengan perintah Allah. Perkara ini pernah berlaku kepada Rasulullah s.a.w. di mana baginda meminta agar malaikat Jibril  mendatangi baginda lebih kerap. Tetapi Jibril berkata, aku tidak akan turun kecuali dengan perintah Tuhan engkau.

Berdasarkan penjelasan di atas, bahawa tidak boleh samasekali seseorang manusia itu memanggil, mendatangkan salah seorang dari para malaikat Allah. Kerana mereka tidak dapat dipanggil-panggil, atau dikawal.

Bagaimana dengan roh manusia pula? Roh manusia selepas kematiannya, tiada seorangpun yang mengetahui tempat duduknya kecuali Allah sahaja. Sekalipun terdapat hadis-hadis yang menjelaskan bnahawa roh-roh orang yang mati boleh mendengar, boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir, dapat merasa nikmat dan siksa kubur, malahan dapat menjawab salam, namun pada hakikatnya kita tidak tahu di manakah roh itu berada. Hanya Allah yang tahu. Dan roh-roh ini tidak akan kembali ke jasad kecuali pada hari kebangkitan nanti (surah: al-Mukminun, ayat: 99-100).

Berdasarkan penjelasan di atas, adalah tidak boleh sama sekali bagi seorang manusia itu menguasai roh orang mati atau menghadirkannya (seperti menurun dan sebagainya) dan bercakap-cakap dengannya.

Walabagaimanapun, boleh berlaku perhubungan antara manusia yang hidup dengan roh orang mati tanpa penguasaan terhadap roh berkenaan., iaitu  melalui mimpi. Mimpi tersebut bukanlah dari usaha ikhtiar manusia, juga tiada di dalam bentuk kawalan terhadap roh.

Jin
Berdasarkan nash-nash yang sahih, bahawa setiap manusia itu sejak dilahirkan disertakan dengan 'qarin'. Qarin bermakna teman atau pendamping. Iaitu yang akan menemaninya sejak seseorang itu lahir hinggalah tarikh kematiannya. Qarin ini adalah dari golongan jin (syaitan). Qarin ini sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan. Perkara ini terdapat di dalam sebuah hadis riwayat Muslim: "Tiada seorangpun dari kalangan kamu kecuali ada diturutsertakan dengan qarinnya dari jin". Mereka bertanya: "Engkau pula wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Ya aku juga, cuma Allah telah membantuku terhadapnya, lalu dia Islam. Dia tidak akan menyuruhku kecuali kebaikkan."

Jin merupakan sejenis roh yang berakal, berkehendak dan dibebani dengan syariat sebagaimana manusia (mukallaf). Bezanya dengan manusia ialah jin tidak terbentuk dari unsur-unsur kemanusiaan (rupabentuk kasar manusia). Mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Merek juga mampu membentuk diri mereka dengan pelbagai jenis rupa. Asal kejadian mereka adalah dari api (Surah: al-Hajar, ayat: 26-27). Jin adalah makhluk yang tidak tidak diberi pengetahuan tentang alam ghaib. Seperti mereka tidak tahu apakah yang akan berlaku hari-hari mendatang, dan sebagainya.

Iblis dan syaitan.
Iblis 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak kebaikkan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Merek adalah musuh Allah yang menyeru ke arah kjahatan dan kerosakkan. Syaitan ialah golongan yang angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin juga.

Menurun: Bukan roh tetapi qarin.
Sebagaimana penjelasan di atas, bahawa setiap manusia akan disertakan dengan qarin dari kalangan jin (syaitan). Ia akan mendampinginya dari sejak lahir hinggalah mati. Setiap qarin mempunyai kemampuan untuk meniru tuannya dari banyak sudut, suara, gaya, rupa lahiriah, malahan yang batin juga.

Sebahagian dari manusia menjalinkan hubungan dengan qarinnya. Dia mendapat berita dan maklumat yang kononnya maklumat ghaib dari qarinnya melalui 'rasa', yang seolah-olah seperti ilham. Adakalanya melalui suara, tetapi tidak dapat dilihat yang empunya suara. Dan ada juga qarin ini membantu tuannya melakukan kerja-kerja tertentu. Dengan bantuan tersebut, kerja yang berat menjadi ringan.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa di alam Melayu ada amalan yang dinamakan menurun. Iaitu menghadirkan roh orang yang telah mati ke dalam jasadnya atau jasad seseorang. Ada juga dengan cara yang lain. Tidak kiralah bagaimana sekalipun caranya, namun yang hadir itu bukanlah roh yang dimahukan tetapi ia adalah jin atau syaitan. Ketika menurun, orang yang berada di hadapannya seolah-olah bercakap dengan roh manusia yang telah mati.

Contoh, A mahu menurun dan memanggil roh si BB yang telah mati tahun lalu, beberapa minit kemudian masuklah roh BB ke dalam jasad A. Maka berubahlah perlakuan A. Suaranya berubah menjadi suara BB. Orang-orang yang hadir ketika itu akan bertanyakan beberapa soalan mengenai BB. Roh BB itu akan menjawabnya dengan betul. Dan BB menceritakan satu persatu mengenai dirinya semasa hidup. Setelah itu, para hadirin akan yakin bahawa itu adalah roh BB.

Dengan keyakinan itu, para hadirin akan mula mengemukakan soalan yang biasanya bersangkutan dengan perkara ghaib dan akan datang. Roh si BB akan menjawabnya satu persatu. Begitu juga ada antara kita yang konon tahu menyeru roh Panglima H, maka yang datangnya adalah qarin kepada jasad Panglima H.

Berdasarkan penjelasan mengenai ciri-ciri qarin, maka jelasalah kepada kita bahawa contoh di atas dipenuhi dengan seribu satu macam pendustaaan dan kekaburan. Roh yang ke jasad A bukanlah roh BB, tetapi roh qarinnya., begitu juga dalam perspektif menyeru semangat/roh pahlawan atau hulubalang terdahulu. Sebab itu dia dapat meniru suara BB tanpa ada kelainan serta dapat menceritakan perihal dirinya semasa hidup tanpa gugur satu patah hurufpun.

Mengenai jawapan-jawapan yang diberikan mengenai perkara ghaib, adalah dusta dan bohong semata-mata. Kerana jin dan syaitan tidak tahu tentang perkara ghaib. Dan roh manusia setelah mati tidak dapat melakukan pendustaan samasekali! Bukankah mereka ketika itu sudah berada di dalam negeri kebenaran atau Darul Haq?

Penipuan ini berlaku hanya di atas nama manusia-manusia selain dari para nabi sahaja. Syaitan boleh menipu dengan meniru suara atau rupa gaya manusia, tetapi tidak pada para nabi. Mereka tidak boleh menirunya.

Kesimpulan
Menghadirkan roh malaikat adalah mustahil.
Menghadirkan roh orang yang telah mati adalah mustahil.
Roh yang datang ketika menurun adalah roh syaitan.
Segala perkhabaran  yang disampaikan olehnya tidak boleh dipegang, kerana ada yang benar dan ada yang dusta.
Menghadirkan roh jin adalah suatu yang tidak mustahil dan boleh berlaku, kerana tiada nash yang mengatakan ia tidak boleh berlaku. (Boleh berlaku, bukannya halal dilakukan - hukumnya haram)

Allahu wa'alam !

Petikan : Al-Ahkam


Wednesday 21 July 2010

Menjadi sesuatu yang bukan diri kita sebenar


Kita seringkali terpesona oleh penampakan-penampakan lahiriah yang dilihat oleh mata kita. Begitu pula jika kita ingin mempengaruhi orang lain, kita selalu memperkasakan penampilan atau penampakkan lahiriah kita. Yang akan dibahas dalam tulisan ini adalah upaya manusia untuk mengatur penampakkan lahiriahnya supaya dinilai orang lain bahwa ia adalah orang yang berdarjat dan keturunan bangsawan, sebaliknya....?

Usaha untuk mengatur penampilan di dalam Islam disebut dengan Riya. Riya berasal dari kata ra’a yang berarti melihat. Secara harfiah, Riya berarti mengatur sesuatu agar dapat dilihat oleh orang lain. Riya adalah mengatur perilaku kita agar dilihat oleh orang lain dan tujuan akhirnya, agar orang lain itu akan menyimpulkan bahwa kita ini dari golongan tertentu. 

Kalau kita memperkayakan perilaku kita dengan maksud agar orang lain menganggap kita orang terhormat, pintar, atau kaya, hal itu tidak disebut dengan Riya. Perilaku seperti itu, bila sedikit dilakukan, tidak mengapa. tetapi bila dilakukan secara berlebihan, maka hal itu disebut hubbul jah atau kecintaan kepada penghormatan. Itu merupakan dosa, nau'zubillah!

Orang yang jatuh kepada hubbul jah selalu ingin agar dirinya diperlakukan  dan dianggap istimewa. Mungkin juga ingin disanjung, dihormati dan dipanggil dengan bahasa yang paling sopan dan beradab seperti Yang Amat Mulia  (YAM), Yang Mulia (YM), dan bagi mereka yang di bawah perlu membahasakan diri sebagai 'patik' atau 'ingsun' dan sebagainya. Apabila seseorang berusaha menampilkan dirinya begitu rupa sehingga orang menilainya sebagai golongan atasan,  para ulamak  berpendapat maka ia tidak memiliki penyakit Riya melainkan penyakit hubbul jah, kecintaan akan penghormatan.

Seorang Islam dilarang dan ditegah sama sekali untuk berusaha mencari penghormatan dari manusia. Dia harus berusaha mencari penghormatan dari Allah swt. Kalau perlu, dia rela menanggung kemarahan dari sesama manusia, asalkan mendapat rida dari Yang Khalik. Orang yang menderita hubbul jah, malah bersedia menanggung resiko dibenci Allah swt asal disanjung dan disukai orang ramai.


Maka secara ringkasnya, yang mengatakan tentang Hubbul Jah adalah :

Adapun hubbul Jah yakni suka akan kemegahan. Maka ianya dicela oleh syarak. Firman Allah swt yang bermaksud : '...Bermula negeri akhirat itu Aku jadikan akan dia bagi orang yang tiada berkehendak akan mereka itu ketinggian dan kemegahan di dunia dan tiada berkehendak membinasakan akan orang di dalam dunia ini, dan syurga itu bagi orang yang takut akan Allah Taala...'

Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: '...Bermula cinta akan harta dan kemegahan itu menambahkan munafik dalam hati seperti menambahkan air dalam susu'.

Mengikut  Imam Al Ghazali: '...ketahui olehmu bahawa Jah itu iaitu masyhur sebutannya pada orang yang banyak dicela oleh syarak melainkan bagi orang yang dimahsyurkan oleh dia akan Allah swt kerana mahsyurkan agamanya dan dunianya'.

Dari Saidina Ali ra; '...hinakan akan dirimu dan jangan engkau mahsyurkan dan jangan engkau angkat akan dirimu supaya disebut oleh orang dengan mempunyai ilmu dan lainnya dan sunyikan olehmu akan dirimu dan pengetahuanmu dan diam engkau nescaya sejahtera engkau daripada kejahatan lagi menyukakan akan segala orang yang soleh dan menyakitkan hati orang yang pasik'.

Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

  • Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
  • Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
  • Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
‘Ujub (bangga diri)
  • Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
  • Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
  • Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
- Keturunan Kuli Ladang Gambir -

Monday 19 July 2010

Keris Jawa Milik Sahabat




1. Keris Ngulit Semongko Pedaringan Kebak - Bilah keris Lurus dapur Tilam Sari tangguh Yogyakarta. Pamor Ngulit Semongko Pedaringan Kebak. Bukan pakaian warangka Branggah Surakarta, pendok Blewahan dan mendak. Panjang bilah 37.8 cm

2. Keris Sengkelat Mataram Sultan Agung - Keris 13 Luk lama, dapur Sengkelat tangguh Mataram Sultan Agung (belum dibersihkan) pamor mungkin Beras Wutah. Bukan pakaian asal warangka Ladrang Yogyakarta, pendok Slorok. Panjang bilah 38 cm.

3. Keris 11 Luk Sengkelat Mataram Senopaten - tangguh Mataram Senopaten, pamor Beras Wutah kehitaman dan Nguku Bimo. Pakaian warangka Gayaman Yogyakarta, pendok Bunton. Panjang bilah 34.90 cm

4. Keris Lurus Sepukal Melayu Riau - dapur Sepukal tangguh Riau, pamor Ngulit Semongko dengan 'gunungan' di pangkal bilah. Pakaian baru warangka Bugis dari tanduk hitam dan pendok yang bersalut. Panjang bilah 30.30 cm

Thursday 15 July 2010

Bilah Keris Jawa - Koleksi sahabat




1. Keris Luk 13 Parungsari Yogyakarta - Dapur Parungsari dari tangguh Yogyakarta. Tidak mempunyai pamor yang jelas. Pakaian asal warangka Gayaman Yogyakarta, pendok Kemalo. Warna merah adalah dauh sireh yang dilumatkan.

2. Keris 11 Luk Carita Keprabon Mataram Senopaten - dapur Carita Keprabon, dari tangguh Mataram Senopaten, pamor Beras Wutah beserta Nguku Bimo. Pakaian warangka Gayaman Yogyakarta, kayu Timoho, pendok Slorok.

3. Keris Luk 13 Sengkelat berpamor Ngulit Semangka. Tangguh dikatakan Mataram Sultan Agung

Wednesday 7 July 2010

Surah Al-Falaq dan An-Nas


Soalan:

NABI SAW adalah seorang yang maksum. Walaupun begitu, saya pernah mendengar bahawa baginda juga ditimpa sakit dan pernah diracun. Tetapi adakah baginda turut pernah menjadi mangsa sihir. Mohon juga ustaz jelaskan konteks maksumnya Nabi SAW.

Jawapan:

Sakit adalah sifat manusia, baginda juga mengalami luka yang banyak dalam peperangan Badar dan banyak lagi yang baginda lalui ummat ini, lebih-lebih lagi di awal perkembangan nur Islam. Maksum berasal dari bahasa arab, juga telah dimelayukan. Dalam bahasa arab ia membawa makna terpelihara dari melakukan dosa kecil mahupun dosa besar serta kesalahan-kesalahan yang boleh mencemar keperibadian seseorang.

Maksumnya Rasulullah SAW bererti : baginda terpelihara dari melakukan sesuatu perbuatan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta apa-apa kesalahan yang boleh mencemar keperibadian baginda. Mengikut takrifan al-Jurjani al-‘ismah maksud bermaksud: “Kemampuan menjauhi perbuatan maksiat sedang dia mampu melakukannya”. Di dalam kebanyakan kitab-kitab akidah ahlu sunnah wal jamaah para ulama berpendapat bahawa baginda Rasulullah SAW terpelihara daripada dosa besar dan dosa kecil serta apa-apa kelakuan yang boleh mencacatkan keperibadian baginda.

Menurut Sheikh Ja’far Subhani bahawa Nabi yang maksum mampu melakukan kemaksiatan dan dosa, sesuai dengan kemampuan dan kemerdekaan yang ada pada baginda tetapi kerana baginda telah mencapai peringkat takwa yang tinggi, ilmu yang qatie terhadap akibat dosa dan kemaksiatan serta kerana pengaruh timbulnya perasaan mengagungkan Khaliqnya. Dengan demikian ia terpelihara dari perbuatan itu, dan ia tidak melakukan perbuatan walaupun dengan kemampuan dan kekuasaannya sendiri.

Adapun persoalan mengenai Baginda SAW terkena sihir tidak mencacatkan keterpeliharaan Baginda, juga tidak mencacatkan ‘ismah Baginda sebagai seorang rasul. Perkara ini banyak dibincangkan oleh ulama. Ada di antara mereka yang tidak menyetujui baginda terkena sihir. Antaranya ialah Abu Bakr al-Asham, pengarang al-Ta’wilat. Pak Hamka juga tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan baginda terkena sihir kerana beberapa sebab berikut, pertamanya; seolah-olah merendahkan martabat nubuwwah (kenabian). Keduanya; menimbulkan keraguan dalam syariat yang ketiganya; sihir itu pada hakikatnya tidak ada.

Ada juga yang berhujah bagi menolak baginda disihir kerana martabat hadis ini Ahad. Antaranya ialah Al-Qasimi di dalam Mahasinul ta’wil, Sayyid Qutub di dalam Fi Zilal al-Quran. Tujuan mereka menolak adalah kerana tidak mahu baginda Rasulullah SAW dilihat ada tempoh baginda terganggu daripada segi akal. Ini kerana ketika baginda terkena sihir baginda teragak-agak melakukan sesuatu dan sering bertanya kepada Aisyah r.a mengenai perkara yang baginda kerjakan.  Adapun sebahagian jumhur ulama berpendapat, baginda pernah terkena sihir. Ini kerana mereka tidak berganjak daripada berpegang kepada hadis yang sahih biarpun martabatnya Ahad. Surah al-Falaq adalah bukti baginda pernah terkena sihir.

Dalam riwayat yang dimuatkan oleh Imam Ibn Kathir, daripada Aisyah r.a, pada suatu hari baginda berkata kepada Aisyah: “Hai Aisyah! Aku diberi perasaan bahawa Allah memberi fatwa kepadaku pada perkara yang aku meminta fatwa dari-Nya; maka datanglah dua malaikat yang seorang duduk di sisi kepalaku dan yang seorang lagi duduk di sisi kakiku: “Lelaki ini (Rasulullah SAW) telah disihir! Kawannya bertanya: “Siapa yang menyihirnya?” Malaikat yang duduk di kepala menjawab: “Labid bin ‘Asam”. Kawannya bertanya lagi dengan apa? Malaikat yang di kepala menjawab: “Pada himpunan rambut dan sikat yang patah dan penutup kepala lelaki (kain serban), dihimpit dengan batu di dalam perigi Dzu Auran. Dalam sesetengah riwayat baginda sendiri masuk ke dalam perigi itu dan mengeluarkannya”.

Dalam riwayat yang lain baginda meminta beberapa orang sahabat agar mengeluarkannya. Dalam riwayat Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW menyuruh Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam serta Ammar bin Yasir memeriksa sumur tersebut. Setelah dibuang airnya dan menyelam ke dalam mereka dapati menang benar terdapat bungkusan kain yang terkandung di dalamnya gumpalan rambut dan sikat baginda berserta sepotong kayu yang terikat tali padanya dengan sebelas ikatan dan pada setiap ikatan ada tusukan jarum. Kemudian turunlah surah ini yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad); Aku berlindung kepada (Allah) dari cuaca subuh. Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. “Daripada bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk. Dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus..." pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

dan '..daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya..." (al-Falaq:1-5). Sebanyak 11 simpulan itu terungkai setelah malaikat mengajar baginda membaca dua surah al-Falaq mengandungi lima ayat dan surah an-Nas mengandungi enam ayat. Selesai membaca kedua-dua surah ini baginda terasa lega dan lapang kembali. Sehingga hari ini dalam ilmu perubatan Islam kedua surah ini menjadi senjata bagi menyembuhkan gangguan sihir.

Sumber : Utusan Malaysia









Ingin Membela Hantu Raya @ Gorilla ?

Bahagian I
Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam. Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :

Hei si hantu raya - Jembalang angin
Aku tahu asalmu - Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam Mari engkau - Mari makan benda-benda ini.

Hei si hantu raya - Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku - Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.

Hei si hantu raya - Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku - Jangan engkau langgar perintahku - Jikalau engkau engkar - Aku panah engkau
Dengan panah berpanah - Panah sakti - Panah rajuma

Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “berkhidmat” untuknya.

Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.

Bahagian II
Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan, hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang disuruh.

Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :
Hei anakku si hantu raya - Engkau rasuk sianu (dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya) - Engkau makan hati perut dia.
Jikalau engkau tidak pergi - Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau - Derhaka engkau pada Allah - Derhaka engkau pada Muhammad - Derhaka engkau kepada aku.

Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan satu ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan tersebut.

Hei anakku si hantu raya - Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan - Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad - Derhaka engkau pada Allah

Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan.

Nama “HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur’an. Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada “Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya. Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur’an ( An-Nisa ayat 38 ). " Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman..."

PERINGATAN ! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan….. Subhanallah !

Petikan : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/15/jenis-jenis-sihir/

SIHIR - Menurut Pandangan para Ulama


"Mereka mengikut ajaran sihir yang dibacakan syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, tetapi syaitan itulah yang kafir; kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil, sedangkan mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (bagimu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir. Dalam pada itu ada orang mempelajari daripada mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara suami dengan isterinya, padahal mereka tidak memberi mudarat dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari apa yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat. Dan demi sesungguhnya mereka mengetahui sesiapa memilih ilmu sihir itu tidaklah mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 102).

Menurut ulama, sihir adalah perkara yang dihasilkan dengan cara mendampingi syaitan yang tidak mampu dilakukan manusia. Ibnu Khaldun dalam kitab mukadimahnya mentakrifkan sihir sebagai 'ilmu mengenai cara melakukan persediaan yang membolehkan jiwa manusia memberi kesan terhadap anasir alam tanpa pedoman atau dengan pedoman sumber langit'. Tanpa pedoman itu ialah ilmu sihir dan yang keduanya ilmu mengenai tilsim atau rajah.

Sihir adalah perbuatan yang mengelirukan pancaindera. Menyihirkan bererti membohongi dan membunuh kewarasan. Apabila berasa dua matanya disihirkan, itu tandanya orang berkenaan dikhayalkan dengan perkara yang salah. Perkataan sihir bermaksud menyadur sesuatu dengan helah dan khayalan, iaitu seseorang ahli sihir melakukan beberapa perkara dan pengertian hingga orang yang disihir merasai apa yang dihadapannya berbeza.

  • Menurut golongan Muktazilah, sihir hanya satu pembohongan tidak berasas.
  • Imam as-Syafie pula mengatakan sihir ialah was-was (keraguan) dan satu penyakit. Katanya punca sebenar sihir ialah tilsim yang digunakan untuk menimbulkan kesan cirri bintang.
  • Menurut Imam al-Qurtubi, sihir ada kebenarannya dan realiti kerana Allah menjadikan apa saja perkara atau kejadian yang dikehendaki-Nya.

Sewaktu Rasulullah SAW disembuhkan daripada sihir yang menimpanya, baginda bersabda; ”Sesungguhnya Allah telah menyembuhkan aku. Penyembuhan hanya berlaku dengancara menarik semula kesakitan dan menghilangkan penyakit..”.

Ertinya, sihir adalah benar dan satu kenyataan. Ini keyakinan yang jelas menerusi pemberitahuan Allah dan RasulNya mengenai kewujudan serta kejadian sihir. Pandangan ini dipegang oleh Ahlu al-Halli Wal ‘Aqdi yang menjadi rujukan berlakunya Ijma’ dikalangan umat. Jadi ia tidak diambil kira jika ada perbezaan pendapat oleh Muktazilah dan orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Menurut Farid Wajdi, orang yang berakal tidak meragui kewujudan sihir dalam aspek keberkesanannya. Al-Quran sendiri menyebut perkara ini (al-Baqarah: 102). "..Hanya syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir) mereka mengajar sihir kepada manusia".

Golongan Muktazilah dan sebahagian ahli sunnah menolak kewujudan sihir. Kata mereka, ia hanya sebentuk pembohongan, pengkaburan dan penyakit. Mereka menggangapnya sebagai ilmu silap mata saja. Antara dalil mereka ialah firman Allah (al-A’Araf : 116) ; ".. Maka tatkala mereka melemparkan, mereka menyulap mata orang dan menjadikan orang ramai itu takut...". Tegas mereka, mukjizat dan sihir akan bercampur aduk jika mengatakan sihir satu realiti.

Abbu Haiyyan dan al-Razi membahagikan sihir kepada lima, iaitu;

1. Berbentuk mengubah benda dan menciptanya menjadi seperti mukjizat dan karamah pada zahirnya seperti boleh terbang, melalui perjalanan jauh pada satu malam saja dan mengubah sesuatu menjadi emas atau sebaliknya. Bentuk sihir ini pada hakikatnya boleh berlaku menerusi penggunaan jin.

2. Berbentuk penipuan, pengkaburan dan silap mata yang tiada hakikat baginya. Ini pendapat golongan Muktazilah. Antara bentuk sihir ini termasuk pengkhayalan dan silap mata yang biasa dilakukan oleh pemain silap mata.

3. Berbentuk menggunakan perkhimatan jin dan memohon bantuan mereka untuk menggerakkan sesuatu atau memindahkannya. Jin terbahagi kepada dua jenis iaitu jin mukmin dan jin kafir (syaitan). Orang yang meminta bantuan syaitan dan menggunakan khidmatnya adalah ahli sihir (orang kafir). Jin mukmin menolak memberi bantuan kecuali untuk tujuan yang baik sahaja. Orang yang mahu bantuan jin selain tujuan itu tidak akan dilayan, sebaliknya mungkin mereka akan disakiti pula. Biasanya orang yang menggunakan syaitan memang menyembah syaitan dan bukan Allah ataupun mereka telah kufur sejak mula lagi. Inilah yang disyaratkan oleh syaitan kepada mereka sebelum memberi bantuan dan mentaati mereka.

4. Berbentuk susunan benda yang dikumpulkan. Di atas benda tersebut dibakar beberapa jisim, azimat dan nama bintang. Kemudian ia dijadikan peralatan sihir. Peralatan ini disusun merangkumi ungkapan yang bercampur aduk diantara ucapan kufur dan rajah.

5. Dengan cara ahli sihir mendakwa dia mengetahui sebuah nama yang teragung dan jin mengikut perintahnya dalam banyak perkara. Dengan cara itu dia dapat menguasai akal manusia dan melakukan kepada mereka sekehendak hatinya. Dia juga dapat mempengaruhi jiwa yang lemah menerusi sangkaan dan khyalan.

Al-Syaukani dalam tafsirnya menyebut sihir boleh memberi kesan pada hati, iaitu menimbulkan rasa cinta dan benci, mengumpul dan memisahkan serta mendekat dan menjauhkan. Allah berfirman (al-Baqarah : 102). "Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah..". Telah terbukti sihir boleh berkesan dengan sendirinya. Hakikatnya diterima kecuali oleh golongan Muktazilah dan Abu Hanifah.

Sufian meriwayatkan daripada Ammar al-Zahabi bahawa seorang ahli sihir pernah berada disisi al-Walid bin Uqbah lantas menunjukkan kebolehannya berjalan di atas tali, masuk menerusi dubur keldai dan keluar menerusi mulut binatang itu. Jundub lantas menghunus pedang dan membunuhnya. Lantaran itu Jundub digelar sebagai pembunuh ahli sihir.

Rasulullah SAW pernah menyebut mengenainya menerusi sabda: "Akan ada dikalangan umatku seorang lelaki yang dipanggil Jundub menghunus pedang dan menetak untuk membezakan diantara kebenaran dan kebatilan". Al-Bukhari menyebut berita yang diperoleh daripada Abu Uthman an-Nahdi yang mengatakan : "Adalah disisi al-Walid seorang lelaki yang bermain (melakukan sihir) dengan cara menyembelih seorang manusia dan mempamerkan kepalanya. Kami kagum, tiba-tiba datang Jundub al-Azdi terus membunuhnya".

Menurut Ibnu Khudamah, sihir ialah simpulan, jampi dan ungkapan yang diucap atau ditulis ataupun diamalkan. Ia memberi kesan pada tubuh orang yang disihir atau hati ataupun akalnya. Sihir adalah realiti; menurut Imam as-Syafie ia boleh membunuh, menyebabkan penyakit, menghalang suami menyetubuhi isterinya, memisahkan suami dan isteri serta menimbulkan rasa benci dan rasa kasih saying salah seorang daripada mereka. Menurut al-‘Allamah al-Qurtubi, tiada siapa menolak perkara luar biasa menerusi ahli sihir yang di luar kemampuan manusia seperti sakit, pemisahan, menghilangkan akal dan membengkokkan anggota tubuh yang mustahil dapat dilakukan dengan keupayaan biasa.

Kata mereka semua perlakuan luar biasa dilakukan sihir bukan perkara aneh. Namun yang menjadikan semua itu bukan sihir. Sihir bukan sebab berlakunya sebagaimana tukang sihir tidak berperanan dengan sendirinya. Allah yang menjadikan semua perkara tersebut, mentakdirkan dan mewujudkannya ketika sihir itu wujud. Hal ini sama seperti Allah mentakdirkan dan menjadikan kenyang ketika menelan makanan dan hilang dahaga sewaktu meneguk air.

Al-Qurtubi mengatakan lagi bahawa ulama Islam telah sepakat bahawa dalam sihir tiada perkara yang Allah lakukan seperti menurunkan belalang, kutu, katak, pembelahan laut, menukar tongkat menjadi ular, menghidupkan orang mati, menuturkan binatang ternakan dan contoh lain termasuk dalam mukjizat rasul. Perkara sebegini wajib kita yakini bahawa Allah tidak melakukan dan ia tidak terjadi ketika tukang sihir mahukan ia terjadi.

Sesetengah ulama mengatakan harus mempelajari ilmu sihir kerana malaikat mengajarnya kepada manusia seperti disebut al-Quran. Pendapat ini dipegang al-Fakhrurazzi daripada kalangan ulama ahli sunnah. Sesetengah pengikut Abu Hanifah pula mengatakan tidak kufur jika mempelajari ilmu sihir untuk mengelak daripadanya. Satu kumpulan pula mengatakan seseorang yang mempelajari ilmu sihir hendaklah meminta si pengajar menceritakan bentuk sihirnya. Jika bentuknya boleh menyebabkan kufur seperti akidah penduduk Babylon yang bertaqarub kepada bintang tujuh dan mempercayai bintang itu boleh menunaikan permintaan mereka, jangan belajar kerana boleh menjadi kafir.

Jika bentuk sihir itu tidak menyebabkan kufur tetapi ahli sihir beriktiqad bahawa sihir itu harus, maka dia kafir. Ini pendapat Imam as-Syafie. Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan semua cara sihir diatas menyebabkan kafir. Al-Alusi pula mengatakan sihir adalah haram sejajar dengan pandangan yang disebut oleh ulama kecuali ada faktor yang dibenarkan oleh syarak...Allahu wa'alam !


Petikan : http://perubatanalhaz.tripod.com


Allah, Tauhid dan Manunggaling Kawula Gusti - SYEKH SITI JENAR


Syekh Siti Jenar (juga dikenal dalam banyak nama lain, antara lain Sitibrit, Lemahbang, dan Lemah Abang) adalah seorang tokoh yang dianggap Sufi dan juga salah satu penyebar agama Islam  di Pulau Jawa. Manunggaling Kawula Gusti adalah ajaran Syekh Siti Jenar yang paling kontroversial berkait dengan konsepnya tentang hidup dan mati, tuhan dan kebebasan, serta tempat berlakunya syariat tersebut. Syekh Siti Jenar memandang bahwa kehidupan manusia di dunia ini disebut sebagai kematian. Sebaliknya, apa yang disebut umum sebagai kematian justru disebut sebagai awal dari kehidupan yang hakiki dan abadi.

Berdasarkan kepada pemahaman ilmu Tauhid, seseorang Islam akan melalui empat peringkat mengikut kebolehan masing-masing ; 1. Syariat (dengan menjalankan hukum-hukum agama spt solat, zakat dll); 2. Tarikat, dengan melakukan amalan-amalan spt wirid, dzikir dalam waktu dan hitungan tertentu; 3. Hakikat, di mana hakikat dari manusia dan kesejatian hidup akan ditemukan; dan 4. Ma'rifat, kecintaan kepada Allah dengan makna seluas-luasnya. Pun demikian ini tidak bermakna bahawa setelah melalui peringkat-peringkat ini tidak ada lagi peringkat yang lebih rendah. Pemahaman inilah yang tidak difahami oleh para ulama pada masa itu tengenai ilmu tasawuf yang disampaikan oleh Syekh Siti Jenar.

Tentang Allah, Tauhid dan Manunggaling Kawula Gusti
Dalam ajarannya, Manunggaling Kawula Gusti dalam setiap diri manusia terdapat ruh yang berasal dari ruh Tuhan sesuai dengan ayat Al Qur'an yang menerangkan tentang penciptaan manusia ; "..Ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya " (Shaad; 71-72). Antara hujah-hujah Syekh Siti Jenar mengenai pendirian Tauhidnya ketika bersidang dengan para Wali Songo :

  • “Allah itu adalah keadaanku, kenapa kawan-kawan pada memakai penghalang? Sesungguhnya aku inilah haq Allah pun tiada wujud dua, nanti Allah sekarang Allah, tetap dzahir batin Allah, kenapa kawan-kawan masih memakai pelindung?
  • Utawi Allah iku nyataning sun kang sampurna kang tetep ing dalam dhohir batin,” (bahwa Allah itu nyatanya aku yang sempurna yang tetap di dalam dzahir dan batin).
  • “Jika ada seorang manusia yang percaya kepada kesatuan lain selain dari Tuhan yang Mahakuasa, ia akan kecewa karena ia tidak akan memperoleh apa yang ia inginkan.”
  • … tidak usah kebanyakan teori semu, sesungguhnya ingsun inilah Allah. Nyata Ingsun Yang Sejati, bergelar Prabu Satmata, yang tidak ada lain kesejatiannya, yang disebut sebangsa Allah…

Maksud bebas ungkapan tersebut adalah “tidak usah kebanyakan bicara tentang teori ketuhanan, sesungguhnya ingsun (aku sejati) inilah Allah. Yaitu Ingsun (Kedirian) Yang Sejati, juga bergelar Prabu Satmata (Tuhan Yang Maha Melihat, mengetahui segala-galanya), dan tidak boleh ada yang lain yang penyebutannya mengarah kepada Allah sebagai Tuhan”.

  • Mungguh sajatine ananing zdat kang sanyata iku muhung ana anteping tekat kita, tandhane ora ana apa-apa, ananging kudu dadi sabarang sedya kita kang satuhu” [Sebenarnya, keberadaan dzat yang nyata itu hanya berada pada mantapnya tekad kita, tandanya tidak ada apa-apa, akan tetapi harus menjadi segala niat kita yang sungguh-sungguh].

Menurut Syekh Siti Jenar, keberadaan dzat hanya ada berserta kemantapan hati dalam pengabdian kepada Allah swt. Dalam diri tidak ada apa-apa kecuali menjadikan menunggal sebagai niat dan yang mewarnai segala hal yang berhubungan dengan asma, sifat dan af’al peribadi. Inilah di antara maksud utama ungkapan di atas.; berada ddi peringkat kemanunggalan. Kemanunggalan tidak akan dapat dicapai sekiranya seseorang itu berada mencapai peringkat syari’at dan tarekat. Apatah lagi sekedar syari’at lahiriah  seperti kebanyakan dari kita. Kemanunggalan akan berhasil seiring dengan tekad hati dan pengabdian secara total kepada Allah swt sebagaimana rohNya pada awalnya ditiupkan atas setiap jasad manusia.


Petikan dari : http://alangalangkumitir.wordpress.com/category/tentang-ketauhidan-syekh-siti-jenar/