PUSAKA MPA

Minangkabau

PUSAKA MPA

Urang Awak

PUSAKA MPA

Adat

PUSAKA MPA

Warisan

PUSAKA MPA

Sejarah

Tuesday 23 March 2010

Tangguh dan Characteristics Bilah Keris




Dipamerkan coretan mengenai characteristics bilah keris mengikut tangguh (zaman)

Friday 19 March 2010

10 Orang Sahabat Rasulallah yang Dijanjikan Syurga

Inilah sepuluh orang sahabat Rasulullah saw yang mana sejak hidup di dunia lagi mereka telah dijanjikan Syurga oleh Allah. 

Saidina Abu Bakar as Siddiq ra  (Khalifah pertama, teman setia yang banyak berkorban)  merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.

Saidina Umar Al Khattab ra (Khalifah kedua, pintar membezakan antara haq dan batil) adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasullah pernah bersabda: “sebelum kamu terdapat ahli hikmah dikalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“. 

Saidina Uthman bin Affan ra (Khalifah ketiga, keperibadian yang sampai Malaikat berasa malu) adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“. 

Saidina Ali bin Abi Talib ra (Khalifah keempat, Singa Allah yang dimuliakan wajahnya oleh Allah swt)  adalah sepupu rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali ra, ia mencerca daku“. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan beliau telah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz AlQuran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, dimana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan. 

Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah ra (Shahid yang hidup) adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga. Saidina Zubair bin Al Awwam ra (Perajurit Allah pengiring Rasulullah) merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“. 

Abdul Rahman bin Auf (Orang yang berniaga ke jalan Allah) adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“. Saidina Saad bin Abi Waqqas ra (Pelempar panah pertama pada jalan Allah) adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.

Saidina Said bin Zaid ra (Seorang yang mengasihi Allah) adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Saidina Abu Ubaidah bin Al Jarrah ra (Orang kepercayaan ummat Islam) pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“


Thursday 18 March 2010

Ilmu Laduni yang sebenar

Menggunakan akal fikirannya untuk mengkaji tentang kejadian-kejadian alam maya ciptaan Tuhan Maha Pencipta. Semakin mendalam pengetahuan tentang ciptaan Allah s.w.t, semakin kelihatan kebesaran dan keagungan-Nya. Bertambah pula keinsafan tentang kelemahan yang ada pada diri manusia terutamanya dalam menghuraikan hal-hal ketuhanan (antara yang haq dan bathil). Bila mengakui akan kejahilan dirinya seseorang itu menyerahkan dirinya dengan beriman kepada Allah s.w.t. Penyerahan ini dinamakan aslim dan orang yang berbuat demikian dinamakan orang Islam. Orang yang beriman tidak membahaskan tentang Allah s.w.t kerana mereka mengakui kelemahan akal dalam bidang tersebut.

Bidang yang tidak dapat diterokai oleh akal masih mampu dijangkau oleh hati. Hati yang suci bersih mengeluarkan cahayanya yang dinamakan Nur Kalbu. Nur Kalbu menerangi akal dan bersuluhkan cahaya Nur Kalbu ini, akal dapat menyambung kembali perjalanannya dari ‘stesen’ ia telah berhenti. Perjalanan akal yang diterangi oleh cahaya Nur Kalbu mampu menyingkap perkara-perkara yang ghaib dan beriman dengannya walaupun akal manusia umum menafikannya. Terdapat perbezaan yang besar antara akal biasa dengan akal yang diterangi oleh nur. 

Akal yang beserta nur mampu menyelami di bawah atau di sebalik yang nyata iaitu perkara ghaib, dan beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan pengalaman tentang perkara-perkara ghaib. Walaupun perkara ghaib itu tidak dapat diterima oleh akal biasa, tetapi akal yang bersuluhkan nur tidak sedikit pun ragu-ragu terhadapnya. Pengetahuan yang terhasil dari cetusan atau tindakan nur ini dinamakan ilmu hakikat, ilmu ghaib, ilmu Rabbani atau ilmu  laduni yang sebenar. Walau apa pun istilah yang digunakan, ia adalah pengetahuan tentang ketuhanan yang didapati dengan cara mengalami sendiri tentang hal-hal ketuhanan, bukan menurut percakapan orang lain, dan juga bukan menurut sangkaannya sendiri. Hatilah yang mengalami hal-hal tersebut dan pengalaman ini dinamakan pengalaman rasa, zauk atau hakikat

Apa yang dialami oleh hati tidak dapat dilukiskan atau dibahasakan. Lukisan dan bahasa hanya sekadar menggerakkan pemahaman sedangkan hal yang sebenar jauh berbeza. Jika hal pengalaman hati dipegang pada lukisan dan bahasa ibarat, maka seseorang itu akan menjadi keliru. Jika lukisan dan simbol diiktikadkan sebagai hal ketuhanan maka yang demikian adalah kufur! Pemegang ilmu ghaib terdiri daripada dua golongan : 

(1) Golongan pertama adalah orang yang terlebih dahulu memasuki bidang pembelajaran tentang tauhid dan latihan penyucian hati menurut tarekat tasauf. Pembelajaran dan latihan yang mereka lakukan tidak membuka bidang hakikat. Ini membuat mereka mengerti akan nilai dan kedudukan ilmu ghaib yang sukar diperolehi itu. Mereka hanya dapat belajar, melatih diri, kemudian menanti dan terus menanti. Jika Allah s.w.t berkenan maka dikurniakan sinaran nur yang menerangi hati si murid itu. Si murid itu pun mengalami dan berpengetahuan tentang hakikat. Pengetahuan yang diperolehi itu sangat berharga baginya dan dijaganya benar-benar, tidak dibukakannya kepada orang lain kerana dia tahu yang orang ramai sukar memahami, ramai yang akan menyangkal dan ada yang memperlekehkannya.  

(2) Pemegang ilmu ghaib yang tidak melalui proses pembelajaran dan latihan seperti golongan pertama. Golongan ini tiba-tiba sahaja dibukakan hakikat kepada mereka (hanya Allah s.w.t mengetahui mengapa Dia berbuat demikian). Oleh sebab mereka memperolehinya dengan mudah dan tanpa asas pengetahuan yang kuat mereka tidak mengetahui nilai sebenar pengetahuan yang mereka perolehi itu. Mereka menyangkanya sebagai ilmu biasa. Lantaran mereka menyangka orang lain juga memahaminya. Sebab itu mereka mudah memperkatakan ilmu tersebut di hadapan orang ramai (dengan harapan orang yang mendengarnya dapat memahami apa yang ingin disampaikan). 

Ini tidak mungkin berlaku, maka sebab itu ilmu ini tidak boleh diceritakan kecuali dengan ibarat, satu daripada dua kemungkinan akan berlaku : 
(a) Lantaran orang ramai melihat latar belakang orang hakikat tadi tidak mempunyai asas agama yang kuat, bukan orang alim, maka mereka menganggapnya pembohong dan pembawa cerita khayalan. Ini akan berlaku kerana persoalan yang timbul "kenapa dia yang diberi anugerah ini bukan aku, padahal ilmu agama aku lebih dalam daripada dia? Aku yang bertungkus lumus mempelajari ilmu agama dan lain-lain ilmu Allah dia pula yang di'buka hati' olehNYa?" 
(b) Kemungkinan ada orang yang mempercayainya tetapi kepercayaan itu tertuju kepada ibarat bukan kepada yang diibaratkan. Kemungkinan kepercayaan itu timbul dengan niat untuk mempelajari atau mengetahui apa yang tidak diketahui olehnya selama ini semoga 'mata hati'nya pula dapat dibukakan atau untuk memperolehi rahasia orang itu? 

Kedua-dua kemungkinan tersebut adalah tidak sihat. Sebab itu dilarang keras memperkatakan tentang ilmu hakikat kepada bukan ahlinya. Walaupun secara sengaja atau tidak, orang yang bercerita mengenai ilmu yang diperolehinya kepada orang lain adalah orang jahil yang tidak tahu nilai berlian yang ada padanya. Kemungkinan juga orang yang dianugerahkan kebolehan ini tidak menyedari akan 'kelebihan' yang ada pada dirinya maka dianggapnya apa yang diceritakan sebagai cerita biasa atau sembang kosong.......Allahu Wa'alam ! 




Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang gaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar. (Al Imran : 179)


Wednesday 17 March 2010

Jiran Nabi Musa di Syurga

Nabi Musa a.s. adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali baginda hendak  bermunajat Nabi Musa akan naik ke bukit Tursina. Di atas bukit itulah baginda akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering  bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar  kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?" Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah  babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium, ia kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.

Setelah selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara, apa agama kamu?" soal Nabi Musa kepada pemuda tersebut. "Aku agama Tauhid" jawab pemuda itu, iaitu agama Islam. "Habis mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu" kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba" kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusan mereka dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap akan melaksanakan kewajipanku sebagai seorang anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap akan melaksanakan tugas aku" sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka dosa diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi" tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi kami". Allah juga berfirman lagi yang bermaksud,"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka dipindahkan ke syurga. Dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Walau bagaimanapun buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita, itu bukan urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan itu juga bukan urusan kita. Urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah SWT supaya kedua ibu bapa kita diampuni oleh Allah SWT. Doa anak yang soleh yang akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur. Erti kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit tetapi kasih dan sayang seorang anak kepada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik disisi Allah.

http://www.halaqah-online.com

Ilmu Laduni - Satu Pandangan

Ensiklopedia Islam Mengenai Ilmu Laduni

Pengetahuan yang diperoleh seseorang yang soleh dari Allah swt melalui ilham dan tanpa dipelajari lebih dahulu melalui suatu jinjang pendidikan tertentu. Oleh sebab itu, ilmu tersebut bukan hasil dari proses pemikiran, melainkan sepenuhnya tergantung atas kehendak dan karunia Allah swt. Di dalam tasawuf dibedakan tiga jenis alat untuk komunikasi rohaniah, yakni kalbu (hati nurani) untuk mengetahui sifat-sifat Tuhan, roh untuk mencintai-Nya dan bahagian yang paling dalam yakni sirr (rahasia) untuk musyahadah (menyaksikan keindahan, kebesaran, dan kemuliaan Allah swt secara yakin sehingga tidak terjajah lagi oleh nafsu amarah) kepadaNya. 

Meski dianggap memiliki hubungan misterius dengan jantung secara jasmani, kalbu bukanlah daging atau darah, melainkan suatu benda halus yang mempunyai potensi untuk mengetahui esensi segala sesuatu. Lapisan dalam dari kalbu disebut roh; sedangkan bagian terdalam dinamakan sirr, kesemuanya itu secara umum disebut hati. Apabila ketiga organ tersebut telah disucikan sesuci-sucinya dan telah dikosongkan dari segala hal yang buruk lalu diisi dengan dzikir yang mendalam, maka hati itu akan dapat mengetahui Allah. Allah swt akan melimpahkan nur cahaya keilahianNya kepada hati yang suci ini. 

Hati seperti itu diumpamakan oleh kaum sufi dengan sebuah cermin. Apabila cermin tadi telah dibersihkan dari debu dan noda-noda yang mengotorinya, niscaya ia akan mengkilat, bersih dan bening. Pada saat itu cermin tersebut akan dapat memantulkan gambar apa sahaja yang ada dihadapannya. Demikian juga hati manusia. Apabila ia telah bersih, ia akan dapat memantulkan segala sesuatu yang datang dari Allah. Pengetahuan seperti itu disebut makrifat musyahadah atau ilmu laduni. Semakin tinggi makrifat seseorang semakin banyak pula ia mengetahui rahasi-rahasia Allah swt dan ia pun semakin dekat denganNya. 

Meskipun demikian, memperoleh makrifat atau ilmu laduni yang penuh dengan rahasia-rahasia ketuhanan tidaklah mungkin karena manusia serba terbatas, sedangkan ilmu Allah swt tanpa batas, seperti dikatakan oleh Al-Junaid, seorang sufi modern, "Cangkir teh tidak akan dapat menampung segala air yang ada di samudera. Keberadaan dan status ilmu laduni bukan tanpa alasan. Para sufi merujuk keberadaan ilmu ini pada AlQuran (Al Kahfi :60-82) yang memaparkan beberapa episod tentang kisah Nabi Musa as dan Khidir as. 

Kisah tersebut dijadikan oleh para sufi sebagai alasan keberadaan dan status ilmu laduni. Mereka memandang Khidir as sebagai orang yang mempunyai ilmu laduni dan Musa as sebagai orang yang mempunya pengetahuan biasa dan ilmu lahir. Ilmu tersebut dinamakan ilmu laduni karena di dalam surah al-Kahfi ayat 65 disebutkan: "wa'allamnahu min ladunna 'ilman.." (..dan yang telah Kami ajarkan kepadanya (Khidir as) ilmu dari sisi Kami). Dengan demikian ilmu yang diterima langsung oleh hati manusia melalui ilham, iluminasi (penerangan) atau inspirasi dari sisi Allah swt disebut ilmu laduni. 

Kita akan memperluaskan sedikit pembahasan tentang Ilmu laduni ini, karena semakin banyak orang Islam yang mengaku telah memiliki ilmu aneh ini, kemudian membuat kekacauan dikalangan umat Islam. Sehingga, perlu bagi seorang muslim yang ingin menjaga aqidahnya untuk mengetahui hakekat ilmu laduni tersebut. Disana ada beberapa pertanyaan : Mungkinkah ilmu laduni ini bisa dicari ? Apakah ilmu ini merupakan pemberian Allah kepada orang-orang tertentu, sehingga tidak semua orang bisa memilikinya ? Apakah orang yang memiliki ilmu ini sudah sampai derajat keimanan yang sangat kuat, sehingga dibolehkan meninggalkan sebagian kewajibannya sebagai orang muslim, sebagaimana diyakini oleh sebagian orang ?

Kalau kita buka lembaran Al Quran, ternyata hanya ada satu tempat yang menyebutkan “ilmu laduni“ secara jelas, yaitu di dalam surat Al Kahfi ayat 65. Walaupun harus diakui, ada ayat-ayat lain yang mungkin mencakup pembahasan ilmu laduni ini, tetapi secara tidak langsung. Allah berfirman menceritakan nabi khidhir as. “Maka mereka berdua (Nabi Musa dan pembantunya) mendapatkan seorang hamba dari hamba-hamba Kami (yaitu nabi khidir), yang telah Kami anugrahi rohmat dan telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami (Allah).“ (Al Kahfi:65).

Ayat diatas adalah dasar pembahasan ilmu laduni, bahkan salah satu ayat yang dijadikan referensi utama oleh kelompok tertentu untuk membenarkan keyakinan mereka yang sesat. Mereka menjadi sesat karena menafsirkan ayat tanpa ada dasar keilmuan yang jelas. Ayat diatas menyebutkan lafadh “ (huruf akhir adalah “ a”) , yang berarti : “dari sisi Kami (Allah)“. Ilmu Ladunna berarti ilmu dari sisi Allah. Yang kemudian berkembang dan menjadi ilmu Ladunni (pakai huruf  “i“). Kita belum mengetahui secara pasti, mulai kapan istilah ilmu laduni itu muncul, (walaupun sebenarnya bisa diprediksikan muncul setelah abad ke 3 hijriah, bersamaan dengan munculnya kelompok-kelompok sempalan dalam Islam).

Yang jelas, ilmu laduni dinisbatkan pertama kalinya kepada Nabi Khidhhir as. Karena memang teks ayat diatas berkenan dengan cerita Nabi Khidhir as. Ilmu laduni-nya Nabi Khidhir as menurut surat Al Kahfi difokuskan pada satu masalah saja, yaitu pengetahuan tentang masa depan, walau secara terperinci digambarkan dalam tiga peristiwa, yaitu merusak kapal yang sedang berlabuh di pinggir pantai, membunuh anak kecil yang ditemukan di tengah jalan, dan memperbaiki dinding yang mau roboh. Kalau kita padukan antara ilmu laduni dengan ketiga peritiswa di atas, akan kita dapati pertalian yang menghubungkan antara keduanya, yang konklusinya sebagai berikut : 

  • Ilmu laduni adalah ilmu yang bersumber dari Allah swt (dan Allah swt sahajalah yang memegang kunci-kunci alam ghoib), sedang inti dari ilmu laduni yang dimiliki Nabi Khidhir as adalah pengetahuan tentang masa depan yang nota kebenarannya adalah ilmu ghoib, berarti ilmu laduni yang diajarkan kepada nabi Khidhir adalah ilmu ghoib. 
  • Oleh karenanya, kalau kita katakan bahwa Khidhir as adalah seorang Nabi dan ini adalah pendapat yang benar, maka Allah telah mengajarkan kepada Nabi Khidhir as sebahagian ilmu ghoib, dan ini wajar-wajar saja, karena salah satu ciri khas wahyu adalah pengetahuan tentang sebagian ilmu ghoib. Dan hal ini hanya dimiliki oleh para nabi dan utusan Allah atau orang-orang yang dikehendaki Allah swt, sebagaimana yang termaktub di dalam firmanNya ; “ Dialah Allah Yang mengetahui ghoib dan Dia tidak memperlihatkan tentang yang ghoib tersebut kepada siapapun juga. Kecuali kepada para Rosul yang diridhoi-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (Malaikat) di muka dan di belakangnya“ (Jin:26-27).
  • Namun seiring dengan berjalannya waktu, istilah ilmu laduni menjadi berkembang artinya. Yaitu setiap orang yang mempunyai kelebihan yang aneh-aneh (yang diluar kewajaran manusia), mereka menganggapnya mempunyai ilmu laduni. Seperti kalau kita melihat seseorang berjalan diatas air, atau mengetahui kejadian pada masa yang akan datang , atau dia bisa masuk batu dan selamat dari kepungan musuh atau bisa melihat sesuatu kemudian menjadi hancur dan lain-lainnya. 
Bukan hanya itu saja, orang yang bisa menghafal sesuatu dengan cepat, atau mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan dalam ujian, tanpa kelihatan dia belajar sebelumnya, sering di klaim, telah memiliki ilmu laduni. Maka jika sekarang, ada orang yang tiba-tiba mengaku mempunyai ilmu laduni, boleh kita mempercayainya? Untuk menjawab pertanyaan diatas, kita harus merinci dahulu permasalahannya, pada perkara-perkara berikut :

Kalau yang dia maksudkan ilmu laduni seperti yang dimiliki Nabi Khidir as, maka kita tidak boleh mempercayainya sama sekali, karena itu hanya dimiliki oleh para nabi. Kalau dia mengakui memilikinya, sama saja kalau dia mengaku mendapatkan wahyu dari langit atau dengan kata lain dia mengaku nabi, karena yang didapat Nabi Khidir as tidak lebih dari pada sebuah wahyu.Seseorang mungkin bisa mengetahui ilmu ghoib dengan perantara Jin atau syetan. Karena Jin dan syaitan sering mencuri pendengaran tentang hal-hal ghoib dari langit. 

Sebagaimana firman Allah di dalam surat Al Hijr:17-18; “Dan Kami jaga langit-langit tersebut dari syetan yang terlaknat, kecuali mereka yang mencuri pendengaran (dari hal-hal yang ghoib ), maka dia akan dikejar oleh batu api yang nyata.“Ayat–ayat senada juga bisa dilihat di dalam surat As Shoffat :10 surat Jin:9. Tapi kalau yang dia maksudkan ilmu laduni adalah ilmu-ilmu kanuragan (ilmu kesaktian) yang ia dapatkan dengan latihan-latihan tertentu, seperti bertapa di tengah sungai selama 40 hari 40 malam, atau puasa selama 40 hari berturut-turut, atau dengan hanya makan nasi putih saja tanpa lauk dalam jangka waktu tertentu atau dengan cara-cara lain yang sering dikerjakan orang. 

Maka kita akan teliti dahulu, apakah cara-cara seperti itu pernah diajarkan oleh Rosulullah saw dan para sahabatnya atau tidak? Kalau jawabannya tidak, berarti dia mendapatkan ilmu tersebut dengan meminta bantuan dari jin dan syetan Sebagaimana kita banyak dapati sebagian orang bisa kaya mendadak dengan meminta bantuan Jin dan Syetan. 

Perbuatan seperti ini dilarang oleh Islam, sebagaimana firman Allah didalam Surah Jin : 6 "Dan sesungguhnya ada diantara manusia yang meminta perlindungan dari segolongan Jin, maka segolongan Jin itu hanya aka menambah kepada mereka kesusahan." Kita dapati banyak orang pada zaman sekarang yang memelihara Jin untuk memperoleh kekayaan dengan cepat, akhirnya dia menjadi “tumbal” jin yang ia pelihara. Jin itu memangsa tuannya sendiri. Sungguh Maha Benar Allah dengan segala firmanNya.

Jika ilmu laduni tersebut dia dapatkan dengan bertaqwa kepada Allah dengan menjalankan perintah- perintahNya serta menjauhi segala larangan-Nya sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rosulullah saw, maka kita harus percaya kepadanya, tetapi tidak kita sebut ilmu laduni, kita sebut karomah  atau ilham  atau firasat, menurut jenis kelebihan yang ia punyai. 

Sebagaimana firman Allah dalam surat Al Baqarah:282; “…dan bertaqwalah kamu kepada Allah, niscaya Allah akan mengajarimu" juga “Dan sesungguhnya pada peristiwa tersebut (hancurnya kaum Luth) merupakan tanda bagi orang-orang yang mempunyai firasat. Banyak dalil–dalil lain yang menyebutkan adanya istilah-istilah tersebut dalam ajaran Islam.Perlu di garis bawahi, bahwa orang yang punya kelebihan tersebut tidak akan mengaku atau mengumumkan ilmu yang ia miliki di depan umum, kecuali kalau ada muslihat dibalik pemberitahuannya, sehingga dengan terpaksa dia memberitahukan ilmunya itu kepada orang lain. Wallahu a’lam! Maka :

  • Bahwa Nabi Khidir as tidak diutus kepada Nabi Musa as. sehingga Nabi Musa as harus mengikuti ajaran Nabi Khidir as. Nabi khidir as menurut sebagian para ulama, diutus kepada kaum tertentu, sebagaimana Nabi Musa as hanya diutus kepada Bani Israil. Dan suatu hal yang sangat wajar sekali, apabila di satu zaman ada dua nabi atau lebih. 
  • Dalam surat Yasin ayat 13-14, Allah berfirman : “Berikan (wahai Muhammad) kepada mereka sebuah permitsalan para penduduk suatu negri, ketika datang kepada mereka para utusan Allah . Ketika Kami utus kepada mereka 2 orang rosul, maka mereka mendustakan keduanya, maka Kami perkuat dengan rosul yang ketiga, mereka berkata; “Sesungguhnya kami adalah utusan Allah kepada kamu sekalian"
  • Contoh yang lain adalah Nabi Ibrohim, Ismail, Ishaq dan Nabi Luth mereka hidup dalam satu zaman. Begitu juga nabi Daud dan Sulaiman, nabi Ya’qub dan Yusuf , nabi Musa , Harun dan Syu’aib, dan terakhir nabi Zakaria, Isa dan Yahya. 
  • Nabi Khidir as juga bukan pengikut nabi Musa as dan tidak diperintahkan untuk mengikutinya, sehingga boleh-boleh saja bagi nabi Khidir as, berbuat tidak seperti apa yang diajarkan nabi Musa as, karena setiap nabi mempunyai manhaj dan syareah yang berbeda-beda.Kemudian setelah itu datang orang Islam “yang nyleneh” mengaku sebagai wali Allah dan mempunyai ilmu laduni, sehingga membolehkan dirinya keluar atau tidak mengikuti syariah yang di bawa nabi Muhammad saw.( Na’udzibillahi mindzalik).
  • Jangankan dia, yang namanya nabi Isa as saja, nantinya kalau turun ke bumi lagi untuk membunuh Dajjal, akan ikut dan patuh dengan syariat nabi Muhammad saw. Berkata Ibnu Abdil Izz al Hanafi : “Barang siapa yang menganggap dirinya dengan Nabi Muhammad saw sebagaimana Nabi Khidir as, dengan Nabi Musa as, atau membolehkan orang lain mengerjakan seperti itu (artinya membolehkan orang lain untuk menyimpang dari ajaran Islam) maka hendaklah dia memperbaharuhi keislamannya, dan mengucapkan syahadat sekali lagi dengan penuh kesungguhan. Karena dengan perbuatannya itu, dia telah keluar dari Islam dia bukannya wali Allah, tetapi sebenarnya dia adalah wali syetan. Inilah yang membedakan antara orang-orang zindiq dengan orang-orang yang istiqomah di dalam ajaran Islam, maka perhatikan baik-baik.
  • Nabi Khidir as menurut pendapat yang sebenar, telah wafat sebagaimana manusia lainnya akan mati. Dalilnya sebagaimana firman Allah swt di dalam Surah Al Anbiya‘ : 34-35; “Dan Kami (Allah) tidak menjadikan seorang manusiapun sebelum kamu (wahai Muhammad) abadi, maka apabila engkau mati, apakah mereka akan abadi? Setiap jiwa akan merasakan kematian. Dan Kami akan menimpakan kepada kamu sekalian kejelekan dan kebaikan sebagai ujian bagi kamu. Dan kepada Kamilah kamu sekalian akan dikembalikan.“

Nabi Khidir dan Ilmu Laduni

Nabi Khidir sememangnya memiliki Ilmu Ladunni.Kewujudan Nabi Khidir(istilah sebenarnya Nabi Khaidir) adalah sahih dan ceritanya disebut dan di dalam Al-quran dalam Surah Al-kahfi ayat 65 hingga ayat 82. Nama sebenarnya ialah Balya bin Malkaan yang tekenal dengan gelaran Nabi Khaidir atau Khadri. Salah satu sebab mengapa beliau digelarkan Al-khadri yang bermaksud hijau kerana ketika Nabi Musa a.s bertemunya buat kali pertama, Balya bin Malkaan berpakaian berwarna hijau. Imam Bukhari meriwayatkan hadis yang bermaksud :

“Nabi Musa a.s dengan pembantunya bernama Yusha bin Nun bin Abraeen bin Yusof a.s telah bertemu dengan Khaidir di satu tempat di tepi laut yang sedang berselimut menutupi seluruh badannya dengan kain hijau”. Namun ada juga pendapat mengatakan bahawa gelarannya adalah sempena nama kampungnya yang bernama Khaidarah. Mujahid pula mengatakan, beliar digelar Al-khaidir kerana ketika beliau bersembahyang, kawasan sekitarnya kelihatan berwarna hijau. Terdapat dakwaan yang mengatakan Nabi Khaidir masih hidup sehingga sekarang dan ini adalah tidak benar, kerana Nabi Muhammad adalah nabi akhir zaman, maka mustahil masih ada nabi yang hidup selepasnya. 


Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad); Maka Jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? (Al Anbiya : 34)

Kaitan Nabi Hhaidir dengan Ilmu ladunni disebut dalam firman Allah s.w.t dalam Surah Al-kahfi ayat ke-65 :





"Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba kami, yang Telah kami berikan kepadanya rahmat dari sisi kami, dan yang Telah kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.."

Daripada Istilah mil ladunna ‘ilma timbulnya istilah al-‘ilmu al-ladunniyy (العلم اللدني). Seorang hamba di dalam ayat ini mengisahkan bahawa Nabi Musa a.s mengetahui ada seorang hamba Allah s.w.t yang dianugerahkan ilmu khusus dari Allah (Ilmu Ladunni) tanpa sebarang perantaraan dan hamba tersebut menurut ahli tafsir ialah Balya bin Malkaan atau digelar Nabi Khaidir.

Dikisahkan adalam Al-quran bahawa Nabi Musa a.s ingin berjumpa Nabi Khaidir untuk mempelajari ilmu tersebut, namun Nabi Khaidir menegaskan “kamu tidak boleh belajar kerana kamu tidak sabar”. Nabi Musa a.s menyatakan kepada Nabi Khaidir bahawa beliau akan bersabar walau apa jua keadaan, namun kesabarannya tidak sampai kepada tahap yang dimaksudkan Nabi Khaidir. Lalu keduanya berpisah dan Nabi Musa tidak dapat mempelajari Ilmu Ladunni.

Ini menunjukkan,
seorang Rasul yang diizinkan Allah s.w.t. untuk bercakap denganNya pun tidak mampu untuk mendapatkan ilmu tersebut walhal Nabi Musa adalah seorang nabi dan pastinya penyabar. Nyatalah, bahawa Ilmu Ladunni adalah satu anugerah Allah s.w.t yang diberikan kepada golongan hambaNya yang paling takut padaNya, tawadhuk dan sayang dengan imunya kerana bimbang Allah s.w.t akan menarik balik daripadanya. Maka mereka yang memiliki ilmu ini sudah tentu tidak akan mendakwa bahawa mereka memiliki ilmu ini atau dengan mudah mengajarkannya kepada orang lain.

http://diarihadi.blogspot.com/

Wasiat Nabi Khidir as

Sebelum Nabi Khidir as berpisah dengan Nabi Musa as yang tidak sabaran, beliau berpesan, "Wahai Musa, sesungguhnya orang yang selalu memberi nasihat itu tidak pernah merasa jemu seperti kejemuan orang-orang yang mendengarkannya. Maka janganlah kamu berlama-lama dalam menasihati. Dan ketahuilah bahwa hatimu itu ibarat sebuah bejana yang kamu rawat dan pelihara dari hal-hal yang memecahkannya. 

Kurangilah usaha-usaha dan buanglah jauh-jauh di belakangmu, karena dunia ini bukanlah alam yang akan kamu tempati selamanya. Kamu diciptakan adalah untuk mencari tabungan pahala-pahala akhirat nanti. Bersikap ikhlaslah dan bersabar hati menghadapi kemaksiatan yang dilakukan kaummu. Hai Musa, tumpahkanlah seluruh pengetahuanmu (ilmu) kerana tempat yang kosong akan terisi oleh ilmu yang lain. Janganlah kamu banyak mengomongkan ilmumu kerana kamu akan dipisahkan oleh kaum ulama. Maka bersikaplah sederhana saja, sebab sederhana itu akan menghalangi aibmu dan akan membukakan taufik hidayah Allah untukmu. 

Berantaslah kejahilan kamu dengan cara membuang sikap masa; bodohmu (ketidakpedulian)-mu yang selama ini menyelimuti dirimu. Itulah sifat orang-orang arif lagi bijaksana, menjadi rahmat bagi semuanya. Apabila orang bodoh datang kepadamu dan mencarimu, redamlah ia dengan penuh kedewasaan serta keteguhan hatimu. Hai putera Imran, tidaklah kamu sedari bahwa ilmu Allah yang kamu miliki hanya sedikit saja. Sesungguhnya menutup-nutupi kekurangan yang ada pada dirimu atau bersikap sewenang-wenang adalah menyiksa dirimu sendiri. 

Janganlah kamu buka pintu ini jika kamu tidak tahu menguncinya. Jangan pula kamu kunci pintu ilmu ini jika kamu tidak tahu bagaimana membukanya, hai putera Imran. Barang siapa suka menunjuk-nunjuk harta benda, dia sendiri; bakal mati tertimbun dengannya hingga dia merasakan akibat dari kekuasaannya. Namun, semua hamba yang mensyukuri semua kurniaan Allah swt serta memohon kesabaran atas ketentuan-ketentuan-Nya, dialah hamba yang zuhud; dan patut diteladani. Bukankah orang seperti itu mampu mengalahkan nafsu syahwatnya dan dapat memerangi pujuk rayu setan? Dan dia pula orang yang mengetahui buah dari ilmu yang selama ini dicarinya. 

Segala amal kebajikannya akan dibalas dengan pahala di akhirat. Sedangkan kehidupan dunianya akan tenteram di tengah-tengah masyarakat yang merasakan jasa-jasanya. Hai Musa, pelajarilah olehmu ilmu-ilmu pengetahuan agar kamu dapat mengetahui segala yang belum kamu ketahui misalnya masalah-masalah yang tidak biasa dibincangkan atau dijadikan bahan saja. Itulah pemimpin jalanmu dan orang-orang akan disejukkan hatinya. Hai Musa, putera Imran, jadikanlah pakaianmu bersumber dari dzikir dan fikir serta perbanyaklah amal kebajikan. Suatu hari kamu tidak akan mampu mengelak dari kesalahan, maka pintalah keredhaan Allah dengan berbuat kebajikan, kerana saat-saat tertentu akalmu pasti akan melanggar aturanNya. Sekarang telah kupenuhi kehendakmu untuk memberi pesan-pesan kepadamu. Nasihatku ini tidak akan sia-sia bila kamui menurutinya."

(Diambil dari Kitab Tahzibul Asma Jus 1 Halaman 176-177; Shahih Muslim fi Syarkin Nawawi Jus 15 Halaman 135-136; Ruhul Mu'ni Jus 25 Halaman 223; Fathul Bari Jus Halaman 310)

Dari kisah Khidir ini kita dapat mengambil pelajaran penting. Diantaranya adalah ilmu merupakan kurnia Allah swt, tidak ada seorang manusia pun yang boleh menuntut bahawa dirinya lebih berilmu dibanding yang lainnya. Ini adalah kerana ada ilmu yang merupakan anugerah dari Allah swt yang diberikan kepada seseorang, dan ada juga ilmu yang diberikan tanpa harus mempelajarinya (Ilmu Ladunni, iatu ilmu yang dikhususkan bagi hamba-hamba Allah yang soleh dan terpilih)

Hikmah yang kedua adalah kita perlu bersabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan pelajaran dan mengambil ikhtibar dari setiap peristiwa yang dialami atau yang berlaku. Hikmah ketiga adalah setiap murid harus memelihara adab dengan gurunya. Setiap murid harus bersedia mendengar penjelasan seorang guru dari awal hingga akhir sebelum layak melaksanakan sesuatu tanpa arahan dari guru kerana Islam memberikan kedudukan yang sangat istimewa kepada guru.


Tuesday 16 March 2010

Nabi Khidir - Bahagian Terakhir

Demikianlah bahawa aspek lahiriah bertentangan dengan aspek batiniah. Hal inilah yang tidak diketahui oleh Musa. Meskipun Musa memiliki ilmu yang sangat luas tetapi ilmunya tidak sebanding dengan hamba ini. Ilmu Musa laksana setitis air dibandingkan dengan ilmu hamba itu, sedangkan hamba Allah s.w.t itu hanya memperoleh ilmu dari Allah s.w.t sedikit, sebesar air yang terdapat pada paruh burung yang mengambil dari lautan. Allah s.w.t berfirman:


"Maka berjalanlah heduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melubanginya. Musa berkata: 'Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.' Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.' Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.' Khidir berkata: 'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.' Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir berkata: 'Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya). Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang soleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.'" 
(Al-Kahfi: 71-82)

Hamba soleh itu menyingkapkan dua hal pada Musa: ia memberitahunya bahawa ilmunya, yakni ilmu Musa sangat terbatas, kemudian ia memberitahunya bahawa banyak dari musibah yang terjadi di bumi justru di balik itu terdapat rahmat yang besar. Pemilik perahu itu akan menganggap bahawa usaha melubangi perahu mereka merupakan suatu bencana bagi mereka tetapi sebenarnya di balik itu terdapat kenikmatan, yaitu kenikmatan yang tidak dapat diketahui kecuali setelah terjadinya peperangan di mana raja akan memerintahkan untuk merampas perahu- perahu yang ada. Lalu raja itu akan membiarkan perahu-perahu yang rosak. Dengan demikian, sumber rezeki keluarga-keluarga mereka akan tetap terjaga dan mereka tidak akan mati kelaparan. Demikian juga orang tua anak kecil yang terbunuh itu akan menganggap bahawa terbunuhnya anak kecil itu sebagai musibah, namun kematiannya justru membawa rahmat yang besar bagi mereka kerana Allah s.w.t akan memberi mereka—sebagai ganti darinya—anak yang baik yang dapat menjaga mereka dan melindungi mereka pada saat mereka menginjak masa tua dan mereka tidak akan menampakkan kelaliman dan kekufuran seperti anak yang terbunuh. Demikianlah bahawa nikmat terkadang membawa sesuatu bencana dan sebaliknya, suatu bencana terkadang membawa nikmat. Banyak hal yang lahirnya baik ternyata justru di balik itu terdapat keburukan.

Mula-mula Nabi Allah s.w.t Musa menentang dan mempersoalkan tindakan hamba Allah s.w.t tersebut, kemudian ia menjadi mengerti ketika hamba Allah s.w.t itu menyingkapkan kepadanya maksud dari tindakannya dan rahmat Allah s.w.t yang besar yang tersembunyi dari peristiwa-peristiwa yang terjadi. Selanjutnya, Musa kembali menemui pembantunya dan menemaninya untuk kembali ke Bani Israil. Sekarang, Musa mendapatkan keyakinan yang luar biasa. Musa telah belajar dari mereka dua hal: yaitu ia tidak merasa bangga dengan ilmunya dalam syariat kerana di sana terdapat ilmu hakikat, dan ia tidak mempersoalkan musibah-musibah yang dialami oleh manusia kerana di balik itu terdapat rahmat Allah s.w.t yang tersembunyi yang berupa kelembutan-Nya dan kasih sayang-Nya. Itulah pelajaran yang diperoleh Nabi Musa as dari hamba ini. Nabi Musa mengetahui bahawa ia berhadapan dengan lautan ilmu yang baru di mana ia bukanlah lautan syariat yang diminum oleh para nabi. Kita berhadapan dengan lautan hakikat, di hadapan ilmu takdir yang tertinggi; ilmu yang tidak dapat kita jangkau dengan akal kita sebagai manusia biasa atau dapat kita cerna dengan logik biasa. Ini bukanlah ilmu eksperimental yang kita ketahui atau yang biasa terjadi di atas bumi, dan ia pun bukan ilmu para nabi yang Allah s.w.t wahyukan kepada mereka.

Kita sekarang sedang membahas ilmu yang baru. Lalu siapakah pemilik ilmu ini? Apakah ia seorang wali atau seorang nabi? Majoriti kaum sufi berpendapat bahawa hamba Allah s.w.t ini dari wali-wali Allah s.w.t. Allah s.w.t telah memberinya sebahagian ilmu laduni kepadanya tanpa sebab-sebab tertentu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hamba soleh ini adalah seorang nabi. Untuk mendukung penyataannya ulama- ulama tersebut menyampaikan beberapa argumentasi melalui ayat Al- Quran yang menunjukkan kenabiannya.

Pertama, firman-Nya: "Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-ham- ba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami."

Kedua, perkataan Musa kepadanya: "Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu ?' Musa berkata: 'lnsya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu,'" (Al-Kahfi: 66-70).

Seandainya ia seorang wali dan bukan seorang nabi maka Musa tidak akan berdialog atau berbicara dengannya dengan cara yang demikian dan ia tidak akan menjawab kepada Musa dengan jawapan yang demikian. Bila ia bukan seorang nabi maka bererti ia tidak maksum sehingga Musa tidak harus memperoleh ilmu dari seseorang wali yang tidak maksum.

Ketiga, Khidir menunjukkan keberaniannya untuk membunuh anak kecil itu melalui wahyu dari Allah s.w.t dan perintah dari-Nya. Ini adalah dalil tersendiri yang menunjukkan kenabiannya dan bukti kuat yang menunjukkan kemaksumannya. Sebab, seorang wali tidak boleh membunuh jiwa yang tidak berdosa dengan hanya berdasarkan kepada keyakinannya dan hatinya. Boleh jadi apa yang terlintas dalam hatinya tidak selalu maksum kerana terkadang ia membuat kesalahan. Jadi, keberanian Khidir untuk membunuh anak kecil itu sebagai bukti kenabiannya.

Keempat, perkataan Khidir kepada Musa: "Sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. " (Al-Kahfi: 82). Yakni, apa yang aku lakukan bukan dari doronganku sendiri namun ia merupakan perintah dari Allah s.w.t dan wahyu dari-Nya. Demikianlah pendapat para ulama dan para ahli zuhud. Para ulama berpendapat bahawa Khidir adalah seorang Nabi sedangkan para ahli zuhud dan para tokoh sufi berpendapat bahawa Khidir adalah seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t. Salah satu pernyataan Khidir yang sering dikemukakan oleh tokoh sufi adalah perkataan Wahab bin Munabeh, Khidir berkata: "Wahai Musa, manusia akan diseksa di dunia sesuai dengan kadar kecintaan mereka atau kecenderungan mereka terhadapnya (dunia)." Sedangkan Bisyir bin Harits al-Hafi berkata: "Musa berkata kepada Khidir: "Berilah aku nasihat." Khidir menjawab: "Mudah-mudahan Allah s.w.t memudahkan kamu untuk taat kepada-Nya." Para ulama dan para ahli zuhud berselisih pendapat tentang Khidir dan setiap mereka mengklaim kebenaran pendapatnya. Perbezaan pendapat ini berhujung pangkal kepada anggapan para ulama bahawa mereka adalah sebagai pewaris para nabi, sedangkan kaum sufi menganggap diri mereka sebagai ahli hakikat yang mana salah satu tokoh terkemuka dari ahli hakikat itu adalah Khidir. Kami sendiri cenderung untuk menganggap Khidir sebagai seorang nabi kerana beliau menerima ilmu laduni. Yang jelas, kita tidak mendapati nas yang jelas dalam konteks Al-Quran yang menunjukkan kenabiannya dan kita juga tidak menemukan nas yang gamblang yang dapat kita jadikan sandaran untuk menganggapnya sebagai seorang wali yang diberi oleh Allah s.w.t sebahagian ilmu laduni.


http://jaipk.perak.gov.my/

Nabi Khidir - Bahagian 3

Musa pergi bersama Khidir. Mereka berjalan di tepi laut. Kemudian terdapat perahu yang berlayar lalu mereka berbicara dengan orang-orang yang ada di sana agar mahu mengangkut mereka. Para pemilik perahu mengenal Khidir. Lalu mereka pun membawanya berserta Musa, tanpa meminta upah sedikit pun kepadanya. Ini sebagai bentuk penghormatan kepada Khidir. Namun Musa dibuat terkejut ketika perahu itu berlabuh dan ditinggalkan oleh para pemiliknya, Khidir melubangi perahu itu. Ia mencabut papan demi papan dari perahu itu, lalu ia melemparkannya ke laut sehingga papan-papan itu dibawa ombak ke tempat yang jauh.

Musa menyertai Khidir dan melihat tindakannya dan kemudian ia berfikir. Musa berkata kepada dirinya sendiri: "Apa yang aku lakukan di sini, mengapa aku berada di tempat ini dan menemani laki-laki ini? Mengapa aku tidak tinggal bersama Bani Israil dan membacakan Kitab Allah s.w.t sehingga mereka taat kepadaku? Sungguh Para pemilik perahu ini telah mengangkut kami tanpa meminta upah. Mereka pun memuliakan kami tetapi guruku justru merosak perahu itu dan melubanginya." Tindakan Khidir di mata Musa adalah tindakan yang tercela. Kemudian bangkitlah emosi Musa sebagai bentuk kecemburuannya kepada kebenaran. Ia terdorong untuk bertanya kepada gurunya dan ia lupa tentang syarat yang telah diajukannya, agar ia tidak bertanya apa pun yang terjadi. Musa berkata: "Apakah engkau melubanginya agar para penumpangnya tenggelam? Sungguh engkau telah melakukan sesuatu yang tercela." Mendengar pertanyaan lugas Musa, hamba Allah s.w.t itu menoleh kepadanya dan menunjukkan bahawa usaha Musa untuk belajar darinya menjadi sia-sia kerana Musa tidak mampu lagi bersabar. Musa meminta maaf kepada Khidir kerana ia lupa dan mengharap kepadanya agar tidak menghukumnya.

Kemudian mereka berdua berjalan melewati suatu kebun yang dijadikan tempat bermain oleh anak-anak kecil. Ketika anak-anak kecil itu sudah letih bermain, salah seorang mereka tampak bersandar di suatu pohon dan rasa kantuk telah menguasainya. Tiba-tiba, Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba Allah s.w.t ini membunuh anak kecil itu. Musa dengan lantang bertanya kepadanya tentang kejahatan yang baru saja dilakukannya, yaitu membunuh anak laki-laki yang tidak berdosa. Hamba Allah s.w.t itu kembali mengingatkan Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Musa meminta maaf kepadanya kerana lagi-lagi ia lupa. Musa berjanji tidak akan bertanya lagi. Musa berkata ini adalah kesempatan terakhirku untuk menemanimu. Mereka pun pergi dan meneruskan perjalanan. Mereka memasuki suatu desa yang sangat bakhil. Musa tidak mengetahui mengapa mereka berdua pergi ke desa itu dan mengapa tinggal dan bermalam di sana. Makanan yang mereka bawa habis, lalu mereka meminta makanan kepada penduduk desa itu, tetapi penduduk itu tidak mahu memberi dan tidak mahu menjamu mereka.

Kemudian datanglah waktu petang. Kedua orang itu ingin beristirahat di sebelah dinding yang hampir roboh. Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba itu berusaha membangun dinding yang nyaris roboh itu. Bahkan ia menghabiskan waktu malam untuk memperbaiki dinding itu dan membangunnya seperti baru. Musa sangat hairan melihat tindakan gurunya. Bagi Musa, desa yang bakhil itu seharusnya tidak layak untuk mendapatkan pekerjaan yang gratis ini. Musa berkata: "Seandainya engkau mau, engkau bisa mendapat upah atas pembangunan tembok itu." Mendengar perkataan Musa itu, hamba Allah s.w.t itu berkata kepadanya: "Ini adalah batas perpisahan antara dirimu dan diriku." Hamba Allah s.w.t itu mengingatkan Musa tentang pertanyaan yang seharusnya tidak dilontarkan dan ia mengingatkannya bahawa pertanyaan yang ketiga adalah akhir dari pertemuan.

Kemudian hamba Allah s.w.t itu menceritakan kepada Musa dan membongkar kesamaran dan kebingungan yang dihadapi Musa. Setiap tindakan hamba yang soleh itu—yang membuat Musa bingung—bukanlah hasil dari rekayasanya atau dari inisiatif sendiri, ia hanya sekadar menjadi jambatan yang digerakkan oleh kehendak Yang Maha Tingi di mana kehendak yang tinggi ini menyiratkan suatu hikmah yang tersembunyi. Tindakan-tindakan yang secara lahiriah tampak keras namun pada hakikatnya justru menyembunyikan rahmat dan kasih sayang. 


- Bersambung -