PUSAKA MPA

Minangkabau

PUSAKA MPA

Urang Awak

PUSAKA MPA

Adat

PUSAKA MPA

Warisan

PUSAKA MPA

Sejarah

Monday 22 February 2010

Sejarah Sihir

Sihir diterjemahkan dengan terjemahan yang perbagai oleh para pengkaji Timur dan Barat. Namun, secara keseluruhannya sihir bolehlah diertikan sebagai satu ilmu jahat yang diamalkan atau digunakan dengan bantuan jin bagi menghasilkan satu tindakan yang sukar diterima akal. Firman Allah dalam surah al-Jin ayat 6 yang bermaksud:-


"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki kalangan jin. Maka jin itu menambahkan mereka dosa dan kesalahan".

Al-Quran telah merakamkan kewujudan sihir sebagaimana firman Allah s.w.t.:-

"Dan mereka mengikut apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka menyatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir) padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir) hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seseorang pun sebelum mengatakan: Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kamu kafir. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seseorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarkannya (kitab Allah) dengan sihir itu. Tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahuinya" (al-Baqarah :102)


Kisah bermulanya sihir telah dirakamkan di dalam al-Quran apabila dua orang malaikat bernama Harut dan Marut yang membawanya ke bumi. Ilmu ini akhirnya digunakan oleh jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia melalui pengamalnya terdiri daripada bomoh, pawang, dukun dan sebagainya. Selain itu kisah sihir dirakamkan juga pada zaman nabi Musa a.s dalam surah Yunus ayat 81 bermaksud:

Dari Surah (Thaha: 67-69) :" Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: " Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir! Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya.Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan"

"Maka Musa merasa takut dalam hatinya". 

Kami berkata: Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul. 

Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana sahaja ia datang." 


ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR?

Persoalan sama ada nabi pernah disihir ataupun tidak telah menjadi pertikaian dikalangan para ulama Islam. Sebahagian ulama' menolaknya kerana merasakan kejadian sedemikian mengaibkan martabat nabi yang merupakan hamba yang terpelihara. Manakala sebahagian ulama' pula tidak menafikan malah membenarkan kenyataan nabi disihir sepertimana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka” (Bukhari dan Muslim)

Menurut Qadhi Iyadh, katanya” (kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit-penyakit”. Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. 

Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut. Malah jika diteliti asbab un nuzul (sebab-sebab penurunan ayat al-Quran) bagi surah al-falaq dan an-nas sendiri memperihalkan peristiwa baginda disihir oleh seorang yahudi bernama Lubait b. Al Aqsam. Peristiwa ini dirakamkan oleh Saidatina A'isyah r.a dimana seorang lelaki dari Bani Zuraiq bernama Lubaid b. al Aqsam telah melakukan sihir keatas baginda sehinggakan nabi berdoa dan terus berdoa dan bersabda:-

"Wahai A'isyah, apakah engkau merasakan bahawa Allah s.w.t telah mendatangkan fatwa ketika aku benar-benar memerlukannya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki lalu salah seorang daripadanya duduk berhampiran kepalaku dan seorang lagi berhampiran kakiku".

Lelaki yang berhampiran kepala baginda berkata kepada temannya yang berada dikaki:-

"Apa sakit lelaki ini?"

Ia menjawab: "Terkena sihir"

"Siapa yang menyihirnya ?"

Ia menjawab: "Lubaid b. al a'sam"

"Dengan bahan apa?"

"Pada sikat dan rambut kemudian dibungkus dengan seludang tamar jantan muda"

"Dimana letaknya benda itu?"

Di dalam telaga Zarwan".

Lalu baginda menemui sahabatnya agar pergi meninjau. Setelah kembali sahabat tadi berkata: "Wahai A'isyah, Demi Allah! Air telaga itu berwarna kemerah-merahan seolah-olah warna inai. Rupa pohon tamar itu seperti kepala-kepala syaitan.

Aku (A'isyah) bertanya:- "Ya Rasulullah kenapa tidak dibakar sahaja benda itu?"

Baginda menjawab: " Jangan, Allah telah menyembuhkan daku. Aku tidak suka mengenakan kejahatan seperti ini ke atas orang lain." lalu baginda menyuruh agar ditanam sahaja bahan-bahan sihir tersebut."

Peristiwa ini mengisahkan bagaimana baginda pernah disihir dengan menggunakan sikat dan rambut dan janggut baginda (yang gugur). Bahan lain seperti pelepah tamar turut digunakan sebagai bahan sihir yang diletakkan di dalam telaga Zarwan iaitu sebuah telaga milik Bani Zuraiq. Setelah Jibril mengkhabarkan baginda apa yang dilakukan oleh Lubaid ke atas baginda. Baginda telah pergi ke telaga tersebut bersama sahabat. Setelah pulang, baginda menyuruh Ali dan Ammar pergi ke telaga berkenaan lalu mereka mengeringkan airnya. 

Qays telah mengangkat batu yang menindih bahan-bahan sihir di dasar perigi. Sebahagian riwayat menyebut bahawa ia mendapati satu patung lilin yang dicucuk dengan jarum yang dililit dengan sebelas ikatan. Allah telah menurunkan al-Mu'awwizataini dimana setiap ayat yang dibacakan telah menguraikan satu ikatan sihir yang menimpa baginda sehingga baginda mampu berdiri dan sembuh seperti sediakan.

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak. Malah setiap orang yang terkena sihir kadang-kala punyai tanda-tanda yang agak berbeza. Tanda-tanda sihir telahpun dijelaskan dalam artikel yang lalu.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah 'Azza Wajalla'. Imam Ibnu Qayyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa. Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi. Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar. Oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t. Wallahua'lam.

Ilmu Penunduk - Perbuatan Terkutuk!

   Ustazah Nor Bayah Mahamod, Pendakwah Bebas terkemuka Malaysia menegaskan bahawa ilmu penunduk ini merupakan satu cabang ilmu hitam yang perlu dielakkan kerana ianya membawa syirik kepada Allah s.w.t kerana kita sebagai hambaNya tidak meminta terus kepada Tuhan dengan cara berdoa, sebaliknya meminta kepada manusia yang lain. Allah tidak menerima ibadah mereka yang syirik dan jika tidak sempat untuk bertaubat, balasan di akhirat, azabnya tidak dapat digambarkan. 

   Menurut Ustazah Nor Bayah juga, adalah tidak salah untuk berikhtiar dalam mencari kebahagian rumahtangga tetapi sebagai seorang Islam, kita harus tahu apakah cara yang dibenarkan agama agar kita tidak terpesong dan mengikut telunjuk syaitan.

   Ilmu sihir yang digunakan untuk menundukkan pasangan ada pelbagai jenis. Jenis sihir untuk membuatkan pasangan lebih kasih dan sayang dikenali sebagai At-tiwalah. Ahli sihir akan meminta pengamal untuk membawa satu barang yang telah dipakai oleh mangsa seperti pakaian, seluar, sapu tangan yang telah terkena peluh mangsa untuk dijampi dengan beberapa batang jarum. Setelah dijampi, jarum ini akan ditanam di satu tempat tertentu. Makanan juga akan dijampi dengan benda-benda kotor seperti darah haid, kencing atau najis untuk dihidangkan kepada si mangsa. 

   Adegan dalam filem Isteri, Perempuan dan … di mana Sofea Jane pernah melakonkan watak isteri yang dizalimi suaminya, lantas membuat nasi tangas atau nasi kangkang kepada suaminya, Nasir Bilal Khan supaya suaminya tunduk dan patuh kepada kemahuannya. Nasi tangas merupakan salah satu daripada sihir at-tiwalah dan nasi ini dibuat dengan mengambil nasi atau makanan yang masih panas, lalu dicampurkan dengan bahan-bahan kotor yang diambil daripada badan manusia (pengamal), seperti daki, kotoran celah-celah kuku dan dikangkangkan sehingga wap daripada kemaluan jatuh dalam makanan tadi. 

   Untuk menambah keberkesanan nasi tangas atau nasi kangkang ini, duduk mencangkung, rapatkan punggung pada nasi untuk selama lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit dan lakukan ketika berada di dalam keadaan haid. Nasi tangas yang bertujuan untuk membuat suami bertambah sayang akan menjadikan suami seperti seorang bodoh yang takut kepada isteri dan mengikut sahaja apa yang diarahkan isteri.

   Ustazah Nor Bayah menekankan berkali-kali bahawa mana-mana pihak yang menggunakan bahan-bahan lain selain daripada air kosong dan ayat suci Al-Quran adalah patut dijauhi. Memandangkan zaman sekarang ini sarat dengan pelbagai jenis rawatan alternatif di pasaran yang memberi pelbagai jenis pilihan kepada pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga untuk tampil menerima rawatan, kebijaksanaan individu dalam menilai sesuatu rawatan amat penting


Soalan:

Bolehkah seseorang mendapatkan bantuan luar kerana kusyuk dalam solatnya terganggu dengan perangai suami yang 

zalim zahir dan batin?


   Ustazah Nor Bayah menegaskan bahawa walaupun seseorang pengamal perubatan itu menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam rawatannya, pastikan tiada bahan-bahan lain yang diminta seperti kuku dan sebagainya.

Adalah lebih baik jika dapat menyelidiki lebih dahulu latar belakang pengamal perubatan itu samada dia seorang yang kuat beribadat atau bagaimanakah reputasinya dalam bidang perubatan Islam. Jangan terus mempercayai sekiranya bomoh atau tukang ubat menggunakan ayat Al-Quran kerana kadang-kadang perbuatan itu bertujuan sekadar untuk mengaburi mata pelanggan. Namun, jika pengamal perubatan tersebut hanya menggunakan air dan doa semata-mata tanpa menyembur air tersebut, insyaallah ianya boleh diguna pakai.

   Sejenis sihir lagi yang sering diamalkan ialah sihir kasih yang dikenali sebagai sihru'-mahabbah. Sihir ini khas untuk isteri atau suami yang tamakkan harta yang dimiliki pasangan dalam memastikan pasangan tidak beralih kasih kepada orang lain lantas segala harta akan menjadi milik pengamal seorang sahaja. Sihir jenis ini memerlukan barangan peribadi isteri atau suami yang akan dijampi dan ditanam di tempat tertentu atau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman. Dengan jampi serapah itu, mangsa akan mengikut kehendak pengamal sepenuhnya. Jika kad ATM diminta, ianya akan diberi tanpa banyak soal.

   Terdapat juga sihir yang lebih bahaya dikenali sebagai as-sihru'i-aswad, iaitu sihir yang bermain dengan najis, kencing atau darah nifas supaya kesannya juga kotor di mana suami akan membenci semua wanita dan kemungkinan juga akan menyebabkan suami jatuh sakit kerana termakan benda-benda kotor. Selain daripada itu, jin-jin juga boleh memainkan peranan dalam menganggu kehidupan berkeluarga dengan menjadikan pasangan kelihatan hodoh atau mengganggu dalam kehidupan berkelamin dengan menyebabkan si suami berasa seolah-olah adanya sepotong daging menyekat faraj isteri atau apabila suami cuba mengadakan hubungan seks dengan isteri, jin akan mematikan suis ransangan seks yang berpusat di otak lantas menjadikan alat kelamin yang menegang keras serta merta terkulai layu dan lembik.

   Menurut Ustazah Nor Bayah, seorang teman beliau pernah mengalami kejadian terkena ilmu penunduk dan mangsanya ialah si isteri. Perkahwinan tersebut bukan sekufu di mana isteri lebih kaya daripada suami. Selepas berkahwin, keluarga pihak perempuan itu perasan bahawa anak perempuannya menyara segala-gala perbelanjaan dan walaupun diherdik dan dihina oleh si suami, anaknya tidak membalas. Lantas menyedari ada sesuatu yang tidak kena, ibu bapa dan keluarga si isteri telah mencari ikhtiar dengan membaca Yasin dan ayat-ayat Al-Quran kepada anaknya. Alhamdulillah anaknya dapat diselamatkan setelah sembilan tahun berumahtangga.

   Ilmu penunduk bukan penyelesaian kepada masalah rumahtangga tetapi ianya akan menjadi masalah kepada sesebuah rumahtangga yang dibina. Sebagai seorang Islam, tidak ada tembok antara kita dengan Allah dan doa itu merupakan senjata kita yang paling berkuasa. Allah menjanjikan manusia cabaran di dunia dan melihat bagaimana manusia menghadapinya. Menurut Ustazah Nor Bayah, Allah sering menyuruh malaikat turun ke bumi untuk memberi manusia cabaran kerana Allah rindu untuk mendengar manusia berdoa kepadaNya.

   Sifat-sifat negatif harus diganti dengan sifaf-sifat positif dan untuk pasangan suami isteri, tanamkan kasih sayang dalam rumahtangga dengan cara yang betul. Pelbagai doa yang boleh diamalkan untuk mengeratkan kasih sayang di antara suami isteri. Di antaranya ialah surah Ali Imran ayat ke 31 yang bermaksud Katakanlah: “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 

   Bagi mereka yang mempunyai pasangan panas baran, gunakan surah Al Hasymi ayat ke 21 untuk berdoa agar dia cepat sejuk hati. Dari Abdillah bin Mashud Radiallahu-Anhu katanya: "Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tangkal dan ilmu pengasih itu adalah syirik."  (Riwayat Al-Imam Abu Majah). Rasullullah s.a.w juga pernah cuba disihir oleh orang Yahudi, maka diturunkan Allah surah tiga Qul agar dapat melindungi Rasullullah daripada disihir.

   Bagi mereka yang mengamalkan ilmu penunduk atau ilmu sihir, kesannya ialah dibenci oleh Allah s.w.t dan diberikan jiwa yang kucar-kacir yang akhirnya kehidupan akan ditimpa kebinasaan!. Jalan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan ialah dengan bertaubat nasuha kerana Allah tidak pernah menganiaya hambaNya.



Alam Mistik - Rahasia dan Pemeliharaan Toyol

Toyol berperangai seperti anak kecil yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50-60cm sahaja. Kulitnya merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata agak terkeluar sedikit. Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala botak. Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal, suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya. 

Ia adalah dari bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat. Penggunaan toyol adalah merupakan kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang dari ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.

Seorang penguasa dari bangsa jin kafir yang darjat dan kekuatannya lebih tinggi dari bangsa toyol akan mengawal dan memelihara ribuan toyol. Tempat yang digemari oleh toyol ialah tempat yang di kuburan yang dianggap keramat oleh manusia, gelap, sunyi dan jauh dari kegiatan keagamaan. Tidaklah menjadi hairan jika golongan toyol ini berada di hutan-hutan tebal, bukit bukau, kuburan dan tempat-tempat yang diadakan pemujaan.

Toyol sangat mudah berdamping dan bekerjasama dengan manusia walaupun dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan ke atas manusia. Melalui seorang perantara yang memiliki ilmu hitam, seseorang itu boleh mendapatkan khidmat toyol dan memeliharanya jika beberapa syarat dapat dipatuhinya. Syarat-syarat yang dikenakan adalah segala yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh iblis dan anak buahnya bangsa jin kafir. Antara syarat-syarat yang dikenakan ke atas seseorang yang ingin memilihara toyol ialah:

1. Tidak boleh mengamalkan ajaran agama.
2. Tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan.
3. Bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya.
4. Bersikap cinta kepada harta benda.
5. Menyediakan sajian untuk makanan toyol. 
6. Rumah harus jauh dari orang ramai dan kegiatan agama.
7. Suasana rumah harus redup.
8. Sediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol.
9. Harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil.
10. Harus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol.

Masyarakat boleh mengetahui ciri pemilik toyol dengan memperhatikan keadaan atau perilakunya. Perilaku seseorang pemilik toyol adalah tidak berlaku pada masyarakat umum atau keadaan yang logic yang menyebabkan suatu suasana. Ciri-ciri pemilik toyol antara lainnya ialah:

1. Pemilik toyol mempunyai isteri yang gemuk dengan payudara yang besar.
2. Berjalan dengan tangan di belakang seperti menggendong sesuatu.
3. Suami isteri pemilik toyol memiliki sifat peribadi yang berlainan dengan masyarakat umum seperti pendiam namun menonjolkan kebatilan secara tiba-tiba.
4. Rumahnya yang dahulunya ramai penghuni tetapi sunyi secara mendadak.
5. Sering mendiamkan diri dalam masa yang lama bila berada di rumah orang kaya.

Setelah syarat-syarat dipersetujui, maka perantara akan berhubung dengan penguasa toyol dari bangsa jin untuk menghadirkan toyol di hadapan bakal tuannya. Toyol dihadirkan dengan memunculkan terus di hadapan bakal tuannya untuk dibawa pulang. Kos bagi memiliki toyol kelas rendah antara RM100 – RM1000, bagi toyol kelas pertengahan antara RM1000 – RM2000 sedangkan toyol diperingkat tinggi antara RM2000 – RM5000. 

Walaupun setelah dibayar, pemiliknya tidak boleh terus membawa toyol pulang kerana toyol harus dilatih untuk mengenal matawang. Hal ini terjadi jika seseorang itu membeli toyol dari luar negara. Namun di Malaysia, toyol sudah mengenali nilai mata wang Ringgit. Cuma ianya dilatih untuk mengambil jumlah wang tertentu dengan keadaan baik tanpa diketahui oleh tuan empunya wang. Toyol hanya akan mencuri jumlah wang yang telah diberitahu atau dilatih oleh pemiliknya sahaja.

Memelihara toyol adalah mengikut kesesuaian kelas toyol. Toyol kelas rendah hanya memerlukan sesajian yang ringan dengan menyediakan tempat tinggal yang biasa sahaja. Sedangkan toyol kelas pertengahan dan tinggi memerlukan penyajian yang mewah dan berkualiti serta tempat tinggal yang bagus. Menjaga toyol tidak jauh bezanya dengan menjaga anak kecil. Ianya harus dimanjakan dan dituruti apa yang menjadi keinginannya seperti bunga tujuh jenis yang segar, bubur harus panas dan bilik yang ada bau kemenyan dan lembab. 

Pemiliknya harus sentiasa bersiap sedia setiap saat untuk melayani toyolnya terutama memberi makan dan menyusuinya. Penjagaan yang baik dan tidak leka setiap masa oleh pemiliknya akan memberi kesan yang positif kepada pemiliknya. Namun jika toyol yang berbangsa jin kafir yang mempunyai perangai paling cerewet, manja dan mengomel ini tidak puas hati dengan layanan pemiliknya, ianya akan berhenti dari mencari wang bahkan akan membocorkan rahsia pemiliknya dengan menjelma di sekitar rumah pemiliknya atau mencuri hanya di kawasan sekitar jiran-jiran pemiliknya. Bahkan jika toyol kelas pertengahan dan tinggi akan berlagak kurang ajar dengan memaksa pemiliknya membenarkan isterinya disetubuhi oleh toyol pada setiap malam. 

Akhirnya, tujuan untuk menjadi kaya dengan pantas tidak tercapai dan isteri tergadai maruahnya kepada sang toyol yang menggatal. Jika ditinjau dari sisi agama Islam bahawa berhubungan untuk meminta tolong dari toyol sebagai bangsa jin kafir sangat tidak mungkin membawa kebaikan bagi manusia bahkan akan membawa kepada keburukan dan kebinasaan dunia dan akhirat.Masyarakat hendaknya tidak terliur dan terjebak dengan fenomena menggunakan khidmat toyol untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan yang menyesatkan  ditegah oleh agama.



Sunday 21 February 2010

Ketinggian dan Kehalusan Budi Pekerti Aulia Allah

SAYYIDI AHMAD AL-RIFA'I

Nama lengkapnya Sayyidi Ahmad bin Yahya bin Hazim bin Rafa'ah berasal dari negeri Maqribi.  Bapanya membawa pindah ke negeri Iraq dan mereka bermustautin di Madinah. Dilahirkan pada tahun 500 Hijrah,

beliau mempelajari Ilmu Fekah Mazhab Syafie. Dipelajarinya Kitab Al-Tanbih,  akan tetapi beliau lebih cenderung kepada pelajaran Sufi.  Diserangnya hawa nafsunya,  sentiasalah dia berpaling dari manusia demi mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan "Memperkaitkan Ilmu Hakikat".  Terkenal dia sebagai seorang yang sangat mahir dalam pengetahuan Sufi.

Dari semua pihak,  dia mula dikenali dan banyak mendapat pengikut.  Terkenallah golongan itu dengan sebutan "Al-Thoifah Al-Rifa'iyah".  Banyaklah perkara-perkara dan hal-hal aneh yang berlaku terhadap pengikut-pengikutnya.  Di antaranya,  mereka dapat masuk ke dalam api yang sedang menyala besar,  dapat menjinakkan binatang buas seperti harimau di mana  haiwan ini akan menurut kata sehingga dapat dijadikan kenderaan oleh mereka. Banyak lagi keajaiban-keajaiban yang lain lagi.yang ada pada mereka.

Ketika pertama kali Sayyidi Ahmad bertemu dengan seorang Wali bernama Sheikh Abdul Malik Al-Khonubi.  Sheikh ini memberinya pelajaran berupa sindiran tetapi sangat berhikmat dan berkesan kepada dirinya iaitu;

Orang yang berpaling dia tiada sampai 

Orang yang ragu-ragu tidak dapat kemenangan. 

Barangsiapa tidak mengetahui  waktunya kurang,  maka sekelian waktunya adalah kurang.

Setahun lamanya Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i mengulang-ulang perkataan ini.  Setelah setahun dia datang kembali menemui Sheikh Abdul Malik Al-Khonubi. Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i minta wasiat lagi,  maka berkata Sheikh Abdul Malik;

Sangatlah keji kejahilan bagi orang-orang yang mempunyai Akal; 

Sangatlah keji penyakit pada sisi sekelian doktor; 

Sangatlah keji sekelian kekasih yang meninggalkan Wusul (sampai kepada Allah)

Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i mengulang-ulang pula perkatan itu selama setahun dan banyak dia mendapat manfaat dari perkataan itu kerana perkataan itu diresapi,  dihayati dan diamalkan. Pada suatu hari Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i  melalui tempat seorang anak kecil yang sedang bermain-main,  lalu dia pun menanya kepada anak itu;  "Anak siapa engkau?"  Sahut anak itu;  "Apa engkau peduli!!!" 

Dengan rasa menyesal diulang-ulangi perkataan itu dan beliau pun menangis dengan sedihnya. Dalam pada itu dia berkata; 

"Telah kamu beri peradab(mengajar adab) kepadaku hai anakku".

Dia sentiasa menghina dirinya. Salah satu dari sekian budi pekertinya yang mulia ialah beliau seringkali membawa pakaian orang-orang yang berpenyakit kusta dan sakit yang telah menahan yang sangat keji bagi pandangan umum. Dipelihara orang-orang  yang sedang sakit itu; dihantarkan makanan untuk mereka dan dia juga turut makan bersama-sama dengan orang-orang sakit itu. 

Kalau dia datang dari perjalanan,  apabila telah dekat dengan negeri  maka dipungutnya kayu api dan setelah itu dibahagi-bahagikan kepada orang-orang sakit,  orang buta,  orang tua dan sebagainya.  Dia berbakti bukan sahaja kepada manusia,  tetapi juga kepada binatang.

Diriwayatkan bahawa adalah seekor anjing menderita sakit Jazam(Kusta).  Ke mana sahaja anjing itu pergi, ia akan diusir orang. Anjing itu diambil oleh Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i lalu dimandikan dengan air panas,  diberikan ubat dan makan secukupnya sehingga sembuhlah anjing itu dari penyakit yang dideritainya. Orang bertanya kepadanya; "Mengapa engkau mengamat-amat anjing itu?". Katanya; "

Bahkan aku takut berkata Allah kepadaku pada hari Qiyamat: Tidakkah engkau kasihan dengan anjing itu?  Tiada takutkah kamu Aku balakan dengan demikian bala?". 

Pada suatu hari,  ada seekor kucing sedang nyenyak tidur di atas lengan bajunya.  Waktu sembahyang telah masuk lalu diguntingnya lengan bajunya itu kerana tidak sampai hati mengejutkan kucing yang sedang lena tidur itu. 

Budi pekerti mulia yang ada padanya pula ialah beliau tidak mahu membalas kejahatan dengan kejahatan. Apabila beliau dimaki oleh orang, beliau terus menundukkan kepadanya mencium bumi dan menangis serta meminta maaf kepada yang memakinya.

Di antara keramatnya yang besar pula ialah apabila dia mengajar, suaranya dapat didengar oleh orang yang berada di sekitar kampung tempat dia mengajar itu, bahkan orang yang buta sekalipin dapat mendengar dengan jelas penerangan beliau itu. 

Jika ada orang minta tuliskan azimat kepadanya,  maka dia ambil kertas lalu ditulis tanpa pena.  Pernah ada orang yang ingin mengujinya bahawa kertas yang tidak nampak tertulis itu dibawa kembali kepadanya supaya dituliskan Azimat tetapi anehnya beliau tahu bahawa kertas yang diberiakn kepada beliau itu telah tertulis.

Sewaktu beliau pergi Haji, ketika berziarah ke Maqam Nabi Muhammad SAW.,  maka nampak tangan dari dalam kubur Nabi bersalam dengan beliau dan beliau pun terus mengucup tangan Nabi SAW. yang mulia itu.  Kejadian itu dapat disaksikan oleh orang rami yang sama-sama berziarah ke Maqam Nabi SAW.  tersebut.  Salah seorang muridnya berkata; 

"Ya Sayyidi!  Tuan Guru adalah Qutub". 

Jawabnya;  "Sucikan olehmu syak mu daripada Qutubiyah".

Kata murid: "Tuan Guru adalah Ghaus!" Jawab nya 

"Sucikan syakmu daripada Ghausiyah".

Al-Imam Sya'roni mengatakan bahawa yang demikian itu adalah dalil bahawa Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i telah melampaui "Maqaamat" dan "Athwarkerana bahawasanya Qutub dan Ghaus itu adalah Maqam yang maklum (diketahui umum). Barangsiapa berserta Allah Taala dan dengan Dia,  maka tiada diketahui baginya Maqam dan jika ada baginya pada tiap-tiap Maqam itu Maqam sekalipun. 

Ketika Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i  sakit yang mengakibatkan kewafatan beliau. Berkata khadamnya kepada beliau; "

Tajallilah bagi Tuan Guru oleh pengantin pada tahun ini". Jawabnya 

"Ya,  Bahkan!

Kata khadam: "Dari kerana apa?" 

Jawabnya: 

"Telah berlaku beberapa perkara yang telah kami belikan dengan Ruh kami.  Dan demikian itu telah berlaku bala yang sangat besar atas makhluk. Maka aku menanggungnya dengan yang tinggal daripada umurku.  Maka dijualkan kepadaku"

Menangislah Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i sambil menelengkup mukanya sambil berkata; 

"Ampunilah olehmu hai Tuhanku. Jadikanlah aku sebagai atap bala daripada sekelian makhluk engkau".

Yang dideritai oleh Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i ialah sakit "Muntah Berak" (Kholera). Setiap hari keluar dari perutnya.  Sakit itu dialaminya selama sebulan. Demikianlah mulia dan besarnya pengorbanan Aulia Allah ini sehingga sanggup menderita sakit menanggung bala yang sepatutnya tersebar ke atas manusia lain.

Orang bertanya kepadanya; 

"Dari mana ini?  sedangkan sudah dua puluh hari Tuan Guru tidak makan dan tidak minum?" 

Jawab Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i; 

"Ini adalah daging yang hancur.  Maka keluarlah ia.  Sesungguhnya telah habis daging. Tiada tinggal melainkan hanya sehari ini. Besoknya kami pergi kepada Allah". 

Setelah itu ketika wafatnya,  keluarlah benda yang putih kira-kira dua tiga kali. Setelah itu berhenti dan tidak ada lagi yang keluar dari perutnya. 

Wafatlah Wali Allah yang berbudi pekerti yang halus lagi mulia ini pada hari Khamis waktu Zhohor 12 haribulan Jamadil Awal tahun 570 Hijrah.  Riwayat yang lain mengatakan tahun 578 Hijrah.

http://www.angelfire.com/journal/suluk/rifai.html